Sediakan app iTunes Remote untuk iTunes pada PC
Anda boleh menggunakan app iTunes Remote pada iPhone, iPad, atau iPod touch anda untuk mengawal pustaka iTunes dari jauh. Anda boleh memuat turun app iTunes Remote secara percuma daripada App Store pada iPhone atau iPad anda.
Pasangkan iTunes Remote dengan pustaka media anda
Sebelum anda boleh menggunakan app iTunes Remote, anda perlu memasangkannya dengan pustaka media yang anda mahu kawal. Peranti dan komputer anda mesti berada pada rangkaian wayarles yang sama dan didaftar masuk menggunakan Apple ID yang sama.
Pada iPhone, iPad, atau iPod touch anda, buka app Remote.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Jika ini kali pertama anda menggunakan iTunes Remote: Ketik Sambung Secara Manual.
Jika ini bukan kali pertama anda menggunakan iTunes Remote: Ketik Seting, kemudian ketik “Tambah pustaka media”.
Kod 4-digit muncul.
Dalam app iTunes pada PC anda, klik butang Remote berdekatan bahagian kiri atas tetingkap iTunes, kemudian taipkan kod 4 digit.
iTunes memasangkan pustaka pada komputer anda dengan app iTunes Remote pada peranti anda.
Pasangkan iTunes Remote dengan rangkaian Perkongsian Rumah anda
Jika anda mempunyai Perkongsian Rumah diaktifkan, anda boleh mengesetkan app iTunes Remote untuk memasangkan secara automatik dengan sebarang pustaka media pada rangkaian Perkongsian Rumah anda.
Pada iPhone, iPad, atau iPod touch anda, buka app Remote.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Jika ini kali pertama anda menggunakan iTunes Remote: Ketik Gunakan Perkongsian Rumah.
Jika ini bukan kali pertama anda menggunakan iTunes Remote: Ketik Seting, kemudian ketik untuk mengaktifkan Perkongsian Rumah.
Daftar masuk menggunakan Apple ID dan kata laluan anda.
Ketik pustaka media yang anda mahu kawal.
Untuk memutuskan sambungan (atau nyahpasang) semua peranti daripada pustaka media anda, klik Lupakan Semua Remote dalam Keutamaan peranti.
App Remote juga tersedia pada Apple Watch. Lihat Gunakan Apple Watch untuk mengawal muzik pada Mac atau PC.