Sesuaikan Apple Music dalam iTunes pada PC
Apabila anda menyertai Apple Music, anda boleh mengurus beberapa seting Apple Music seperti pemberitahuan dan app yang boleh mengakses Apple Music.
Nota: Apple Music tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Urus pemberitahuan
Anda boleh menerima pemberitahuan daripada Apple Music tentang perkara seperti keluaran baru oleh artis kegemaran anda dan aktiviti rakan anda.
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Akaun > Apple Music > Pemberitahuan.
Jika anda tidak nampak Akaun > Apple Music, pastikan anda mendaftar masuk ke Apple Music menggunakan Apple ID anda.
Pilih kemas kini yang anda mahu terima makluman, kemudian klik Selesai.
Benarkan app pihak ketiga mengakses Apple Music
Anda boleh membenarkan app pihak ketiga mengakses Apple Music. Sebagai contoh, jika anda mempunyai app speaker pihak ketiga, anda boleh membenarkannya untuk memainkan Apple Music.
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Akaun > Apple Music > App Dengan Akses.
Jika anda tidak nampak Akaun > Apple Music, pastikan anda mendaftar masuk ke Apple Music menggunakan Apple ID anda.
Pilih sebarang app pihak ketiga yang disenaraikan untuk mengawal aksesnya kepada Apple Music, kemudian klik Selesai.