Sesuaikan Apple Music dalam iTunes pada PC
Apabila anda menyertai Apple Music, anda boleh mengurus beberapa seting Apple Music seperti pemberitahuan, akaun dipautkan dan app yang boleh mengakses Apple Music.
Urus pemberitahuan
Anda boleh mengesetkan Apple Music untuk memaklumkan anda tentang perkara seperti apabila artis kegemaran anda menerbitkan muzik baru atau muncul di rancangan dan aktiviti rakan anda.
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Akaun > Apple Music > Pemberitahuan.
Jika anda tidak nampak Akaun > Apple Music, daftar masuk ke Apple Music menggunakan Apple ID jika anda belum lagi daftar masuk.
Pilih kemas kini yang anda mahu diberitahu, seperti Aktiviti Rakan, yang memberitahu anda apabila rakan mengikuti anda atau menambah senarai main anda.
Klik Selesai.
Pilih cara rakan mencari anda (dan sebaliknya)
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Akaun > Apple Music > Seting Cari Rakan.
Jika anda tidak nampak Akaun > Apple Music, daftar masuk ke Apple Music menggunakan Apple ID jika anda belum lagi daftar masuk.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Benarkan rakan mencari anda mengikut Apple ID: Pilih pilihan Benarkan Carian mengikut Apple ID dan rakan anda yang mempunyai maklumat Apple ID anda akan melihat anda sebagai rakan yang disyorkan.
Benarkan Apple Music melihat kenalan anda: Pilih pilihan Kenalan pada Apple Music dan Apple Music akan melihat kenalan anda serta mengesyorkan rakan baru untuk anda dari semasa ke semasa.
Pautkan akaun ke Apple Music: Daftar masuk ke akaun lain (seperti Facebook) dan Apple Music akan mengesyorkan rakan baru kepada anda daripada akaun tersebut.
Klik Selesai.
Benarkan app pihak ketiga mengakses Apple Music
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Akaun > Apple Music > App Dengan Akses.
Jika anda tidak nampak Akaun > Apple Music, daftar masuk ke Apple Music menggunakan Apple ID jika anda belum lagi daftar masuk.
Pilih sebarang app pihak ketiga yang disenaraikan untuk memberikannya akses ke Apple Music.
Klik Selesai.