Import media menggunakan Perkongsian Rumah dalam iTunes pada PC
Anda boleh menggunakan Perkongsian Rumah untuk mengimport item dari sehingga lima pustaka iTunes pada komputer lain. Untuk menggunakan Perkongsian Rumah, anda mesti mempunyai Apple ID.
Pada bila-bila masa anda memuat turun item dari Apple Music atau iTunes Store ke komputer dalam rangkaian Perkongsian Rumah anda, anda boleh memuat turun item secara automatik ke komputer lain dalam rangkaian tersebut.
Aktifkan Perkongsian Rumah
Ikuti langkah-langkah ini pada setiap komputer yang anda mahu sertakan dalam rangkaian Perkongsian Rumah anda.
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Fail > Perkongsian Rumah > Aktifkan Perkongsian Rumah.
Taipkan Apple ID dan kata laluan anda, kemudian klik Aktifkan Perkongsian Rumah.
Jika anda tiada Apple ID, klik “Cipta Apple ID Baru” dan ikuti arahan pada skrin.
Import item daripada pustaka lain menggunakan Perkongsian Rumah
Penting: Komputer yang anda import daripada mestilah dihidupkan, dengan iTunes dibuka dan Perkongsian Rumah diaktifkan.
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih pustaka dikongsi daripada menu timbul di sebelah kiri atas.
Klik menu timbul Tunjukkan di bahagian bawah tetingkap iTunes, kemudian pilih “Item yang tiada dalam pustaka saya”.
Pilih item yang anda mahu import, kemudian klik Import.
Import pembelian baru iTunes Store secara automatik daripada komputer lain
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih pustaka dikongsi daripada menu timbul di sebelah kiri atas.
Klik Seting di bawah tetingkap.
Pilih jenis kandungan yang anda mahu import secara automatik.
Klik OK.
Nyahaktifkan Perkongsian Rumah
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Fail > Perkongsian Rumah > Nyahaktifkan Perkongsian Rumah.
Ulang pada setiap komputer.
Jika komputer dikongsi tidak muncul apabila Perkongsian Rumah diaktifkan, nyahaktifkan Perkongsian Rumah, kemudian aktifkannya sekali lagi.
Untuk mengetahui cara menambah kandungan lain ke iTunes, lihat Cara untuk menambah item.