Gunakan Perkongsian Keluarga untuk berkongsi pembelian iTunes Store pada Mac
Dengan Perkongsian Keluarga, sehingga enam ahli keluarga boleh memuat turun pembelian iTunes Store masing-masing ke komputer dan peranti mereka sendiri. Ahli keluarga juga boleh menyembunyikan pembelian mereka agar orang lain tidak boleh memuat turunnya.
Untuk menggunakan Perkongsian Keluarga, seorang ahli keluarga dewasa (penganjur) menyediakan keluarga dan bersetuju untuk membayar semua pembelian. Untuk mengawal perbelanjaan oleh kanak-kanak, penganjur boleh memerlukan kelulusan untuk sebarang pembelian atau muat turun percuma yang diminta oleh ahli keluarga bukan dewasa.
Sediakan Perkongsian Keluarga
Lihat dan muat turun pembelian iTunes Store ahli keluarga lain
Dalam app iTunes pada Mac anda, pilih Akaun > Pembelian Keluarga.
Klik nama anda berhampiran penjuru kiri atas (bersebelahan Dibeli), kemudian pilih ahli keluarga untuk melihat pembelian mereka.
Untuk memuat turun item, klik butang Muat Turun iCloud .
Untuk hanya melihat item yang anda muat turun, pilih Dimuat Turun dalam bar sisi di sebelah kiri.
Sembunyikan pembelian iTunes Store anda
Ahli keluarga boleh menyembunyikan pembelian iTunes Store individu mereka daripada ahli keluarga lain.
Dalam app iTunes pada Mac anda, pilih Akaun > Pembelian Keluarga.
Klik jenis kandungan di sebelah kanan.
Senarai pembelian untuk jenis kandungan yang dipilih muncul.
Gerakkan penuding anda ke atas item yang anda mahu sembunyikan, klik butang Padam , kemudian klik Sembunyi.
Untuk melihat pembelian yang anda sembunyikan, pilih Akaun > Lihat Akaun Saya, daftar masuk, kemudian klik Uruskan di sebelah kanan Pembelian Tersembunyi (di bawah iTunes dalam Awan). Untuk menjadikan item tersembunyi kelihatan semula, klik butang Nyahsembunyi Item.
Perlukan kelulusan untuk pembelian dan muat turun
Selepas anda menyediakan Perkongsian Keluarga, anda boleh memerlukan kelulusan ibu bapa untuk semua pembelian dan muat turun oleh mana-mana ahli keluarga yang bukan dewasa.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Klik Uruskan Keluarga.
Pilih ahli keluarga, kemudian pilih Minta untuk Beli.
Klik Selesai.
Apabila ahli keluarga cuba membuat pembelian atau meminta muat turun, pemberitahuan dihantar kepada penganjur, yang boleh meluluskan atau menolak permintaan.
Perkongsian Keluarga direka bentuk untuk digunakan oleh satu keluarga (dewasa dan kanak-kanak). Anda boleh menjadi sebahagian daripada satu kumpulan keluarga pada satu masa, tetapi boleh bertukar kepada kumpulan keluarga yang berbeza sehingga dua kali dalam setahun. Ciri mungkin berbeza mengikut negara atau rantau.
Penting: Untuk berkongsi pembelian, semua ahli kumpulan keluarga mesti berada dalam negara atau rantau yang sama (seperti yang ditentukan oleh alamat pengebilan yang dikaitkan dengan Apple ID mereka). Jika ahli keluarga berpindah ke negara atau rantau lain dan mengemas kini maklumat Apple ID, dia mungkin hilang akses ke pembelian ahli keluarga lain dan app dipasang yang dikongsi oleh ahli keluarga lain mungkin tidak berfungsi. Lihat artikel Sokongan Apple Tukar negara atau rantau Apple ID anda.
Lihat artikel Sokongan Apple Perkongsian Keluarga atau lawati Tapak web Perkongsian Keluarga.