Panduan Pengguna iTunes
- Selamat Datang
- Apakah iTunes?
-
- Cara untuk menambah item
- Pindahkan pembelian daripada peranti mudah alih
- Import lagu daripada Internet
- Eksport muzik atau video daripada app lain
Import media daripada komputer ke iTunes pada Mac
Jika anda mempunyai fail audio atau video pada komputer, anda boleh mengimportnya ke dalam iTunes agar ia muncul dalam pustaka iTunes anda.
Dalam app iTunes pada Mac anda, pilih Fail > Tambah ke Pustaka.
Cari fail atau folder, kemudian klik Buka.
Jika anda menambah folder, semua fail yang terkandung dalamnya ditambah pada pustaka anda.
Petua: Anda juga boleh menyeret fail atau folder daripada Finder ke tetingkap iTunes untuk mengimportnya.
Secara lalai, iTunes meletakkan salinan fail audio dalam folder iTunes (Utama/Muzik/iTunes/iTunes Media) dan meninggalkan fail asal di lokasi semasa. Untuk maklumat tentang menambah alias pada fail (bukannya mencipta salinan), lihat Tukar tempat fail anda disimpan.
Untuk mengetahui cara untuk menambah kandungan lain ke iTunes, lihat Cara untuk menambah item.