Muat turun pembelian iTunes Store pada PC
Anda boleh mengaktifkan muat turun automatik untuk sehingga 10 komputer dan peranti secara keseluruhan. Anda boleh membenarkan sehingga lima komputer pada satu masa dengan Apple ID.
Nota: Sesetengah item mungkin tidak tersedia untuk muat turun automatik di semua negara atau rantau.
Aktifkan muat turun automatik pada komputer yang dibenarkan
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Edit > Keutamaan, kemudian klik Muat Turun.
Di bawah Muat Turun Automatik, pilih jenis kandungan (Muzik, Filem dan Rancangan TV) yang anda mahu muat turun secara automatik.
Jika iTunes dibuka apabila anda membuat pembelian pada komputer atau peranti lain, item yang dibeli dimuat turun ke komputer anda pada masa yang sama ia dimuat turun ke peranti lain. Jika iTunes tidak dibuka pada masa pembelian, item dimuat turun secara automatik pada kali seterusnya anda membuka iTunes atau apabila anda memilih Akaun > Semak untuk Muat Turun Tersedia.
Aktifkan muat turun automatik pada iPhone, iPad, atau iPod touch anda
Penting: Sebelum mengaktifkan muat turun automatik pada iPhone, iPad, atau iPod touch, pastikan anda telah mendaftar masuk ke iTunes Store pada peranti menggunakan Apple ID yang sama yang anda gunakan untuk mendaftar masuk ke iTunes pada PC anda.
Pada skrin Utama peranti anda, ketik Seting, kemudian ketik iTunes & App Store.
Ketik untuk mengaktifkan jenis kandungan (Muzik, App dan Buku & Buku Audio) yang anda mahu muat turun secara automatik.