Gunakan HomePod dengan iTunes pada Mac
HomePod ialah speaker untuk rumah anda yang anda kawal dengan Siri untuk memainkan muzik daripada katalog Apple Music. Selepas anda menyediakan HomePod anda, ia memainkan audio secara terus daripada Apple Music atau audio yang dihantar daripada peranti iOS, Apple TV, atau Mac anda. Lihat Panduan Pengguna HomePod dan Gunakan HomePod dengan Mac.
Gunakan AirPlay untuk strim audio daripada komputer anda ke HomePod
Dalam app iTunes pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut untuk memainkan muzik:
Klik butang AirPlay di bahagian atas tetingkap iTunes, kemudian pilih kotak semak bersebelahan HomePod.
Apa jua lagu yang anda sedang mainkan dalam iTunes pada komputer anda kini bermain pada HomePod juga.
Nota: Anda juga boleh memainkan podcast atau buku audio daripada komputer anda pada HomePod.
Gunakan AirPlay untuk mengawal main balik HomePod
Jika HomePod sedang menstrim muzik terus daripada Apple Music, anda boleh mengawal main balik—mengubah kelantangan, rombak atau ulang lagu, atau menambah atau mengeluarkan lagu daripada giliran Seterusnya—dalam tetingkap iTunes.
Pada HomePod, mainkan sedikit muzik.
Dalam app iTunes pada Mac anda, klik butang AirPlay di bahagian atas tetingkap iTunes, kemudian pilih HomePod yang disenaraikan di bawah “Tukar ke”.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Ubah kelantangan: Gunakan gelangsar kelantangan di bahagian atas tetingkap iTunes. Kelantangan maksimum dihadkan oleh seting kelantangan HomePod anda.
Rombak atau ulang lagu: Klik butang Rombak untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan rombak, atau klik butang Ulang untuk mengulang lagu.
Lihat senarai Seterusnya: Klik butang Seterusnya untuk melihat senarai. Lihat Tukar lagu yang dimainkan dengan senarai Seterusnya untuk mendapatkan butiran lanjut.
Anda boleh mengawal satu peranti pada satu masa; apabila anda mahu mengawal komputer anda semula, hanya tukar semula padanya.