Touch Bar
Ciri tersedia pada sesetengah komputer Mac. Anda boleh menggunakan gerak isyarat biasa—seperti ketik, leret, atau luncur—secara terus pada Touch Bar untuk memainkan lagu dan video dalam iTunes, melaraskan kelantangan dan banyak lagi.
Butang yang muncul dalam Touch Bar berbeza bergantung pada apa yang anda sedang lakukan dalam iTunes. Contohnya, ini ialah butang yang anda nampak apabila anda memainkan muzik:
Apabila anda memainkan filem, kawalannya bertukar.
Touch Bar menyertakan Touch ID, yang membolehkan anda membeli item daripada iTunes Store dan mendaftar masuk ke akaun iTunes Store anda.
Lihat artikel Sokongan Apple Cara menggunakan Touch Bar pada MacBook Pro anda.