Baru dalam iOS 14
Widget pada Skrin Utama Widget telah direka bentuk semula untuk memberikan anda lebih banyak maklumat sekilas pandang—dan kini anda boleh menambahnya ke Skrin Utama anda. Pilih daripada saiz yang berbeza dan aturnya mengikut cita rasa anda. Anda juga boleh menambahkan Tindanan Pintar yang memaparkan widget berdasarkan faktor seperti lokasi anda, aktiviti, atau waktu. Lihat Tambah widget pada iPhone.
Pustaka App Pustaka App serba baru pada skrin Utama mengatur semua app anda ke dalam satu paparan yang ringkas dan mudah untuk dinavigasi secara automatik. App diisih mengikut kategori dan app yang anda paling kerap gunakan boleh dicapai dengan satu ketikan. Lihat Cari app anda dalam Pustaka App.
Padatkan panggilan Panggilan masuk, termasuk panggilan FaceTime dan panggilan daripada app pihak ketiga yang disokong, muncul dalam reka bentuk padat serba baru yang tidak memenuhi keseluruhan skrin. Lihat Jawab atau tolak panggilan masuk pada iPhone.
Klip App Klip App ialah sebahagian kecil app yang fokus pada tugas khusus, seperti menyewa basikal, membayar parkir, atau memesan makanan. Anda boleh menemui Klip App dalam Safari, Peta dan Mesej, atau di dunia nyata melalui Kod Klip App (iOS 14.3), kod QR dan tag NFC. Lihat Gunakan Klip App.
Terjemah Terjemah ialah app baru yang direka bentuk untuk memudahkan perbualan yang mudah dan lancar antara bahasa. Putar iPhone anda ke orientasi landskap untuk memasuki mod perbualan yang anda boleh melihat kedua belah perbualan dengan mudah. Anda juga boleh menterjemah menggunakan suara atau teks, terjemah sepenuhnya pada peranti untuk bahasa yang dimuat turun, simpan terjemahan kegemaran anda dan banyak lagi. Lihat Terjemahkan suara dan teks.
Cari (iOS 14.3) Jejak item harian dalam tab Item baru. Lihat Cari item dalam Cari.
Cari Carian kini ialah destinasi tunggal yang anda boleh mulakan semua carian anda. Reka bentuk dan pengalaman semasa anda menaip yang baru memberikan hasil yang lebih berkaitan merentas app, kenalan dan carian web. Lihat Gunakan iPhone untuk mencari.
Gambar dalam Gambar Kini anda boleh kekal menonton video atau meneruskan panggilan FaceTime anda sementara anda menggunakan app lain. Lihat Lakukan berbilang tugas dengan Gambar dalam Gambar.
Mesej Pinkan perbualan paling penting anda ke bahagian atas senarai perbualan anda, supaya anda boleh mencapainya dengan mudah. Sebutkan seseorang dalam perbualan untuk halakan mesej terus kepada mereka dan gunakan balasan sebaris untuk membalas terus ke mesej khusus dalam perbualan kumpulan. Lihat Pin perbualan, Sebut orang dalam perbualan dan Balas mesej tertentu dalam perbualan.
Memoji Bersama dengan lebih banyak pilihan umur dan penutup muka, anda boleh memilih daripada lebih 20 gaya rambut dan gaya hiasan kepala baru untuk menunjukkan hobi, kerjaya anda dan personaliti anda. Lihat Cipta Memoji anda sendiri.
Peta Gunakan Peta untuk mendapatkan arah berbasikal menggunakan lorong, laluan dan jalan basikal. Anda juga boleh melihat perubahan ketinggian, jalan yang sibuk dan bukit yang curam apabila merancang perjalanan anda. Temui tempat hebat di sekitar anda untuk makan, beli-belah dan terokai dengan Panduan. Semasa anda mengikuti arah berbasikal atau berjalan, anda boleh berkongsi anggaran masa ketibaan anda (iOS 14.5). Lihat Dapatkan arah berbasikal dari lokasi semasa anda, Teroka destinasi baru dengan Panduan, Kongsi ETA berbasikal anda dan Kongsi ETA berjalan anda.
Laporan insiden trafik (iOS 14.5) Di A.S., anda boleh menggunakan Siri untuk melaporkan kemalangan, bahaya dan perangkap laju. Lihat Laporkan insiden trafik dalam Peta dan Laporkan insiden trafik dalam CarPlay.
Kamera Video QuickTake kini tersedia pada iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone XR dan lebih baru. Togol cepat membolehkan anda menukar resolusi dan kadar bingkai video dengan cepat dalam mod Video. Lihat Gunakan penogol cepat untuk menukar resolusi video dan kadar bingkai dan Rakam video QuickTake.
Mod Malam (iOS 14.1) Pada model iPhone 12, mod Malam tersedia pada kamera depan untuk swafoto, pada kamera Lebar Ultra (0.5x) dan pada kamera Lebar (1x). Lihat Ambil foto mod Malam.
Apple ProRAW (iOS 14.3) Pada iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max, anda boleh mengambil foto dalam Apple ProRAW untuk mengedit imej dengan paras kawalan kreatif yang lebih tinggi. Lihat Ambil foto Apple ProRAW.
Swafoto dicerminkan (iOS 14.3) Pada semua model, anda boleh mengambil foto dicerminkan yang menangkap syot seperti yang anda lihat dalam bingkai kamera depan. Lihat Ambil swafoto dengan kamera iPhone anda.
Foto Tapis foto anda dalam koleksi dan album, serta isih foto mengikut paling lama atau paling baru dahulu. Tambah kapsyen ke foto dan video anda supaya anda boleh mencarinya dengan mudah dalam Cari. Lihat Tapis foto dalam album, Isih foto dalam album dan Tambah kapsyen dan lihat butiran foto dan video.
Ukur (iOS 14.1) Pada iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max, anda boleh mengukur ketinggian orang dengan segera, menggunakan paparan Pembaris untuk melihat butiran tokokan tentang ukuran dan menggunakan panduan pinggir untuk mengambil ukuran tepat pinggir lurus, perabot, kaunter dapur dan objek lain. Lihat Ukur ketinggian orang, Gunakan paparan Pembaris dan Gunakan panduan pinggir.
Pengesanan Orang (iOS 14.2) Pada iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max, anda boleh menggunakan Kanta Pembesar untuk mengesan orang dan membantu anda mengekalkan jarak fizikal atau sosial daripada orang lain. Lihat Kesan orang di sekeliling anda menggunakan Kanta Pembesar.
Peringatan Peringatan mencadangkan tarikh, masa dan lokasi untuk peringatan secara automatik berdasarkan peringatan serupa yang anda telah cipta pada masa lalu. Ahli senarai yang dikongsi boleh menetapkan peringatan kepada satu sama lain, oleh itu pembahagian tugas telah menjadi semakin mudah. Dalam iOS 14.5, anda juga boleh mengisih dan mencetak senarai anda. Lihat Kongsi dan tetapkan peringatan, Isih atau susun semula peringatan dan Cetak peringatan.
Siri Siri mempunyai reka bentuk padat baru yang membolehkan anda mendapatkan maklumat dengan cepat sambil kekal fokus pada perkara yang anda sedang lakukan. Siri kini menyediakan maklumat daripada merentas web untuk membantu anda mencari jawapan dan boleh menghantar mesej audio daripada app Mesej. Lihat Ketahui perkara yang Siri boleh lakukan.
Safari Safari kini lebih selamat dan membantu berbanding dulu. Anda boleh melihat Laporan Privasi untuk memahami cara tapak web mengendalikan privasi anda dan Safari mungkin memberi amaran kepada anda jika kata laluan yang anda gunakan tidak selamat. Jika anda terjumpa tapak web dalam bahasa yang berbeza, Safari kini menyediakan terjemahan untuk tujuh bahasa (beta) berbeza. Lihat Terjemahkan halaman web dan Lihat Laporan Privasi.
Kesihatan Pengalaman tidur serba baru membantu anda mencapai matlamat tidur anda dan berehat sebelum tidur. Anda boleh menggunakan Senarai Semak Kesihatan untuk menyemak dan mengaktifkan ciri penting dalam app Kesihatan. Lihat Sediakan jadual tidur dan Urus ciri kesihatan dengan Senarai Semak Kesihatan.
Urus faktor kitaran (iOS 14.3) Bantu uruskan ramalan penjejakan kitaran dalam Kesihatan dengan merekod faktor seperti kehamilan, laktasi dan penggunaan kontraseptif. Lihat Urus faktor kitaran.
Audio lossless dan Dolby Atmos (iOS 14.6) Jika anda melanggan Apple Music, anda boleh mendengar trek audio lossless dan Dolby Atmos dalam app Muzik. Lihat Dengar muzik Dolby Atmos pada iPhone dan Dengar muzik lossless pada iPhone.
Paras bunyi fon kepala (iOS 14.2) Terima pemberitahuan dan jadikan kelantangan fon kepala diturunkan secara automatik jika audio yang anda sedang dengar cukup kuat yang boleh menjejaskan pendengaran anda. Anda juga boleh menyemak paras audio tepat semasa bermain menerusi fon kepala iPhone dan setkan had kelantangan maksimum. Lihat Jejak pendedahan paras bunyi fon kepala dan persekitaran dalam Kesihatan, Periksa paras bunyi fon kepala dan persekitaran dalam Pusat Kawalan dan Hadkan kelantangan fon kepala.
FaceTime FaceTime kini boleh mengesan apabila peserta menggunakan bahasa isyarat dan menjadikan orang tersebut menonjol dalam panggilan FaceTime Kumpulan. Panggilan video kini lebih lancar dengan membantu anda mewujudkan hubungan mata walaupun anda melihat skrin berbanding kamera. Lihat Buat panggilan FaceTime Kumpulan.
Rumah Pencahayaan Adaptif membenarkan anda menukar suhu pencahayaan di sepanjang hari. Kamera video dan loceng pintu boleh mengecam orang yang anda tag dalam app Foto dan anda boleh menerima isyarat apabila terdapat pergerakan dalam zon aktiviti yang anda setkan. Lihat Aktifkan Pencahayaan Adaptif, Sediakan Pengecaman Muka dan Susun bilik dalam zon.
Kunci kereta Simpan kunci kereta digital dalam app Wallet anda supaya anda boleh meninggalkan kunci fizikal anda di rumah. Hanya letakkan iPhone anda berhampiran pintu kereta anda untuk membuka kuncinya. Selepas berada di dalam, letakkan iPhone anda berhampiran pembaca atau pengecas wayarles untuk menghidupkan kereta anda. Anda juga boleh berkongsi kunci dengan rakan dan sesuaikan kawalan untuk pemandu berbeza. Lihat Buka kunci dan hidupkan kereta anda dalam Wallet.
CarPlay Pilih daripada set hias latar yang kelihatan hebat. CarPlay juga menyokong jenis app baru—parkir, pengecasan kenderaan elektrik dan pemesanan makanan cepat. Lihat Gunakan app lain dengan CarPlay dan Tukar hias latar dalam CarPlay.
Privasi Seting baru membenarkan anda berkongsi hanya lokasi anggaran anda dengan app dan penunjuk muncul di bahagian atas skrin iPhone anda apabila app menggunakan kamera atau mikrofon anda. Semua app perlu meminta keizinan anda sebelum menjejak anda merentas app dan tapak web yang dimiliki oleh syarikat lain (iOS 14.5). Lihat Kawal maklumat lokasi yang anda kongsi pada iPhone, Semak atau tukar akses kepada kamera, mikrofon dan ciri perkakasan lain dan Kawal keizinan penjejakan app.
App Store (iOS 14.3) Anda kini boleh melihat amalan privasi app sebelum anda memuat turun app. Setiap halaman produk app menunjukkan ringkasan dilaporkan pembangun tentang perlindungan privasinya, termasuk data yang dikumpulkan.
Pelajari cara untuk iOS 14 App Petua menambah cadangan baru dengan kerap supaya anda boleh memanfaatkan iPhone anda sepenuhnya. Lihat Dapatkan petua.
Nota: Ciri baru dan app mungkin berbeza bergantung pada model iPhone, rantau, bahasa dan pembawa anda.