Baru dalam iOS 12
App Apple TV (iOS 12.3) Dapatkan rancangan, filem dan saluran yang anda gemar bersama di satu tempat. Cari dan tonton kandungan kegemaran anda dengan cepat, sambung di tempat anda berhenti dengan Seterusnya, atau terokai sesuatu yang baru —diperibadikan hanya untuk anda. Lihat Sediakan app Apple TV.
AirPlay 2 dan TV pintar (iOS 12.3) Kongsi atau cerminkan hampir apa sahaja daripada iPhone terus ke TV pintar didayakan AirPlay 2 anda. Lihat Strim audio dan video ke peranti lain daripada iPhone.
Apple News+ (A.S. dan Kanada sahaja; iOS 12.2) Dalam app News, nikmati surat khabar teratas dan beratus majalah untuk harga satu bulan. Lihat Langgan Apple News+.
FaceTime Kumpulan (tidak tersedia di semua rantau; iOS 12.1 4) Berbual bersama sehingga 32 peserta serentak. Lihat Buat panggilan FaceTime Kumpulan.
Dwi SIM (iOS 12.1) Pada iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR dengan pembawa yang disokong, anda boleh menggunakan Dwi SIM dengan nano-SIM dan eSIM (tidak tersedia di semua rantau). Lihat Sediakan perkhidmatan selular.
Kamera (iOS 12.1) Anda boleh melaraskan kedalaman apabila anda mengambil foto dalam mod Potret pada iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR. Lihat Laraskan Kawalan Kedalaman dalam mod Potret.
Apple Music (iOS 12.1) Kini lebih mudah untuk melayari, menemui dan mendengar muzik kegemaran anda. Lawati halaman artis baru, semak 100 lagu teratas harian dari seluruh dunia, lihat lagu yang rakan anda sedang dengar pada Friends Mix dan cari lagu mengikut lirik. Lihat Layari Apple Music, Lihat apa yang orang lain sedang dengar dan Cari dalam Apple Music.
Prestasi iOS telah dipertingkatkan untuk pengalaman yang lebih laju dan lebih responsif pada peranti sehingga iPhone 5s.
Mesej Cipta Memoji diperibadikan dan guna Animoji baru (iPhone X dan lebih baru). Ekspresikan diri anda dengan kesan kamera termasuk penapis dan pelekat. Dengan app iMessage Foto, dapatkan cadangan foto berdasarkan orang yang anda hantarkan mesej, perkara yang anda bualkan dan tempat anda mengambil foto bersama. Lihat Gunakan Animoji dan Memoji dalam Mesej, Tambah kesan kamera pada foto atau video dan Hantar foto atau video.
FaceTime Meriahkan perbualan sebagai Animoji atau Memoji kegemaran anda, atau tambah kesan kamera seperti penapis, bentuk dan pelekat. Lihat Tambah kesan kamera dalam panggilan FaceTime.
Masa Skrin Laporan aktiviti menyediakan pandangan tentang cara anda dan ahli keluarga anda menggunakan iPhone, iPad dan iPod touch anda. Anda boleh mengesetkan had masa untuk menggunakan app tertentu atau keseluruhan kategori app, seperti permainan. Lihat Setkan masa skrin, peruntukan dan had.
Pemberitahuan Pemberitahuan dihimpunkan menjadikannya mudah untuk melihat lebih banyak maklumat sekilas pandang. Penalaan Segera dan cadangan Siri membantu anda mendapatkan pemberitahuan yang anda mahu dan perlukan. Lihat Lihat dan balas pemberitahuan.
Jangan Ganggu Pilihan baru menamatkan Jangan Ganggu secara automatik berdasarkan waktu atau tindakan. Jangan Ganggu semasa Waktu Tidur memalapkan paparan anda dan menyenyapkan pemberitahuan semalaman sehingga anda membuka kunci anda pada waktu pagi. Lihat Setkan Jangan Ganggu semasa Waktu Tidur.
Ukur Dapatkan dimensi objek dunia sebenar dengan menuding kamera iPhone anda padanya. Lihat Ukur dimensi.
Foto Foto lebih pintar daripada dulu dengan enjin carian serba baru dan tab Untuk Anda yang diperibadikan. Ia juga boleh mencadangkan berkongsi koleksi foto dengan orang dalamnya. Lihat Lihat foto dan video.
Kamera Pencahayaan Potret kelihatan lebih bagus dengan peningkatan kesan Cahaya Pentas dan Cahaya Pentas Mono. Juga Kamera kini menyerlahkan kod QR dalam bingkai, menjadikannya lebih mudah untuk diimbas. Lihat Ambil foto dengan kamera.
Siri Tambah pintasan untuk perkara yang anda kerap lakukan supaya anda boleh meminta Siri melakukannya. Lihat Tambah pintasan ke Siri. Semasa Siri mempelajari rutin, anda juga mendapat cadangan untuk perkara yang anda perlu lakukan, pada masa yang tepat, pada skrin Kunci dan dalam Cari. Lihat Perihal Cadangan Siri.
App pintasan Muat turun pintasan daripada App Store dan automasikan tugas yang anda kerap lakukan. Cipta atau sesuaikan pintasan anda sendiri untuk menjalankan beberapa langkah serentak. Mulakan dengan contoh daripada galeri dan peribadikannya dengan langkah daripada app berlainan.
Apple Books (tidak tersedia di semua rantau) Ia kini lebih mudah untuk anda menemui, membaca dan mendengar buku serta buku audio kegemaran anda. Lihat Baca buku dalam app Buku.
Memo Suara Ianya lebih mudah untuk menangkap dan mengedit rakaman anda. Dengan iCloud, anda boleh mengakses rakaman anda dalam app Memo Suara pada iPad dan Mac anda. Lihat Buat rakaman dalam Memo Suara.
Saham Saham telah direka bentuk semula sepenuhnya untuk iPhone dan iPod touch serta app serba baru untuk iPad dan Mac. Lihat Semak saham.
Kad ID pelajar tanpa sentuhan Di kampus disokong, anda boleh menambah kad ID pelajar tanpa sentuhan anda ke Wallet. Akses lokasi yang kad ID pelajar anda diterima seperti dorm anda, perpustakaan dan peristiwa kampus. Anda juga boleh membayar dobi, makanan ringan dan makanan di sekitar kampus. Lihat Gunakan kad ID pelajar tanpa sentuhan.
Maklumat bateri Carta penggunaan bateri dalam Seting kini menunjukkan penggunaan anda selama 24 jam atau 10 hari terakhir. Lihat Cas dan pantau bateri iPhone.
Privasi dan keselamatan Pencegahan penjejakan ditingkatkan melindungi privasi anda dalam Safari. Cipta, isi auto dan simpan kata laluan yang kuat dalam Safari dan app iOS. Lihat Cipta kata laluan tapak web dan app.
Pelajari cara untuk iOS 12 App Petua menambah cadangan baru dengan kerap supaya anda boleh memanfaatkan sepenuhnya iPhone anda. Lihat Dapatkan petua.
Nota: Ciri baru dan app mungkin berbeza bergantung pada model iPhone, rantau, bahasa dan pembawa anda.