Aktifkan Jangan Ganggu Semasa Memandu pada iPhone
Apabila Jangan Ganggu Semasa Memandu diaktifkan, ia membantu anda kekal fokus pada jalan raya. Mesej teks dan pemberitahuan lain disenyapkan atau dihadkan. Siri membaca balasan dengan lantang supaya anda tidak perlu melihat iPhone anda (skrin kekal gelap). Panggilan masuk hanya dibenarkan apabila iPhone disambungkan ke sistem Bluetooth kereta atau aksesori bebas tangan, atau apabila anda menggunakan seting Jangan Ganggu untuk membenarkan sesetengah panggilan.
AMARAN: Untuk maklumat penting tentang navigasi dan mengelakkan gangguan yang boleh membawa kepada situasi berbahaya, lihat Maklumat keselamatan penting untuk iPhone. Jangan Ganggu Semasa Memandu bukanlah pengganti untuk mematuhi semua peraturan yang melarang pemanduan dengan gangguan.
Aktifkan Jangan Ganggu Semasa Memandu
Jika iPhone mengesan anda mungkin memandu dan anda belum menyediakan Jangan Ganggu Semasa Memandu, iPhone bertanya jika anda mahu mengaktifkannya. Kalau tidak, anda boleh mengaktifkan secara manual.
Pergi ke Seting > Jangan Ganggu.
Skrol ke bawah, kemudian ketik Aktifkan.
Pilih masa anda mahu Jangan Ganggu Semasa Memandu untuk aktif.
Secara Automatik: Apabila iPhone mengesan anda mungkin memandu.
Apabila Bluetooth Kereta Bersambung: Apabila iPhone anda bersambung ke sistem Bluetooth kereta.
Secara Manual: Apabila anda mengaktifkannya dalam Pusat Kawalan.
Untuk menambah Jangan Ganggu Semasa Memandu ke Pusat Kawalan, pergi ke Seting > Pusat Kawalan > Sesuaikan Kawalan, kemudian ketik bersebelahan Jangan Ganggu Semasa Memandu.
Nota: Apabila anda menggunakan CarPlay, Jangan Ganggu Semasa Memandu tidak diaktifkan.
Terima panggilan, mesej dan pemberitahuan apabila anda adalah penumpang
Jika Jangan Ganggu Semasa Memandu aktif apabila anda tidak memandu (sebagai contoh, apabila anda adalah penumpang), anda boleh menyahaktifkannya.
Ketik pemberitahuan Jangan Ganggu pada skrin Kunci.
Ketik Saya Tidak Memandu
Anda juga boleh meleret ke atas dari bahagian bawah skrin (iPhone X dan lebih baru) atau tekan butang Utama (model lain), kemudian ketik Saya Tidak Memandu.
Hantar balasan auto mesej teks yang anda sedang memandu
Apabila Jangan Ganggu Semasa Memandu aktif, balas auto dihantar secara lalai kepada sesiapa sahaja dalam kumpulan Kegemaran anda. Anda boleh menukar orang yang menerima balas auto.
Pergi ke Seting > Jangan Ganggu > Balas Auto Kepada.
Pilih satu daripada berikut:
Tiada Siapa: Nyahaktifkan balas auto.
Terbaru: Hantar balas auto kepada sesiapa yang anda telah hantar mesej sejak dua hari lalu, walaupun jika mereka tiada dalam Kenalan anda.
Kegemaran: Hantar balas auto kepada sesiapa sahaja dalam kumpulan Kegemaran anda dalam Telefon.
Semua Kenalan: Hantar balas auto ke semua orang dalam Kenalan.
Jika sesiapa membalas kepada mesej balas auto anda dengan mesej “Penting,” semua teks seterusnya daripada orang tersebut masuk untuk sepanjang pemanduan anda.
Cipta mesej teks balasan auto tersuai
Pergi ke Seting , kemudian ketik Jangan Ganggu > Balas Auto.
Ketik mesej untuk menaikkan papan kekunci, kemudian taip mesej baru.
Benarkan sesetengah panggilan
Jika kereta anda tidak mempunyai Bluetooth, anda boleh benarkan sesetengah panggilan untuk masuk.
Benarkan panggilan kedua daripada orang yang sama dalam masa 3 minit: Pergi ke Seting > Jangan Ganggu, kemudian aktifkan Panggilan Berulang.
Benarkan panggilan daripada Kegemaran anda atau semua orang: Pergi ke Seting > Jangan Ganggu > Benarkan Panggilan.
Nota: Jangan Ganggu Semasa Memandu menggunakan Perkhidmatan Lokasi untuk menentukan sama anda memandu atau anda berdekatan dengan rumah, pejabat, atau destinasi ramalan. Data lokasi yang dikumpul oleh Apple untuk tujuan ini tidak mengenal pasti anda secara peribadi. Untuk menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk Jangan Ganggu Semasa Memandu, pergi ke Seting > Privasi > Perkhidmatan Lokasi > Perkhidmatan Sistem, kemudian nyahaktifkan Isyarat Berdasarkan Lokasi.