Aktifkan Wi-Fi pada Mac anda
Pada Mac anda, klik menu status Wi-Fi dalam bar menu, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Wi-Fi.
Untuk bersambung ke rangkaian Wi-Fi, klik menu status Wi-Fi , kemudian pilih rangkaian, atau pilih Rangkaian Lain, kemudian pilih rangkaian. (Jika rangkaian disembunyikan, skrol ke bahagian bawah senarai Rangkaian Lain, pilih Lain, masukkan nama dan kata laluan rangkaian, kemudian klik Sertai.)