Baharu dalam iPadOS 15
Widget pada Skrin Utama Letakkan widget betul-betul di sebelah app pada Skrin Utama iPad. Pilih saiz widget yang betul untuk anda, termasuk saiz lebih besar yang baharu untuk iPad, bagi melihat maklumat paling penting anda secara sekilas pandang. Lihat Tambah widget dan Alihkan app dan widget pada Skrin Utama.
Pustaka App Pustaka App pada Skrin Utama menyusun app anda ke dalam kategori yang membantu seperti Produktiviti dan Permainan secara automatik. Untuk akses cepat, ia terbina terus ke dalam Dock. Lihat Cari app anda dalam Pustaka App.
Berbilang Tugas Gunakan menu Berbilang Tugas baharu untuk mencipta tetingkap skrin penuh, Slide Over dan Split View, supaya anda boleh bekerja pada berbilang app pada masa yang sama. Lihat semua tetingkap terbuka untuk app dan bertukar antara app dengan rak baharu di bahagian bawah skrin dengan cepat. Gunakan Penukar App untuk melihat dan mencipta skrin Split View. Lihat Buka dua item dalam Split View dan Buka app dalam Slide Over.
FaceTime Gunakan mod Pengasingan Suara untuk meminimumkan bunyi latar belakang dan mod Potret untuk meletakkan fokus visual kepada anda. Paparan grid memaparkan orang dalam panggilan FaceTime Kumpulan anda dalam jubin bersaiz sama yang menyerlahkan penutur secara automatik. Anda juga boleh menjemput sesiapa sahaja untuk menyertai panggilan FaceTime menggunakan pautan web unik. Lihat Tapis keluar bunyi latar belakang, Kaburkan latar belakang dengan mod Potret, Lihat peserta dalam tataletak grid dalam FaceTime dan Cipta pautan ke panggilan FaceTime.
SharePlay (iPadOS 15.1) Gunakan SharePlay dalam FaceTime untuk kekal berhubung dengan rakan dan keluarga—anda boleh menonton rancangan TV dan filem bersama, mendengar muzik bersama, atau berkongsi skrin anda. Lihat Gunakan SharePlay untuk menonton dan mendengar bersama dalam FaceTime.
Fokus Gunakan Fokus untuk menapis pemberitahuan secara automatik berdasarkan perkara yang anda sedang lakukan. Pilih cadangan Fokus yang disediakan seperti Kerja, Tidur atau Peribadi, kemudian pilih pemberitahuan yang anda mahu terima pada ketika itu. Apabila seseorang di luar pemberitahuan dibenarkan anda cuba menghubungi anda, status Fokus anda kelihatan dalam Mesej, supaya mereka tahu anda sibuk. Lihat Sediakan Fokus.
Pemberitahuan Pemberitahuan mempunyai rupa baharu, dengan foto kenalan dan ikon app lebih besar untuk menjadikan pemberitahuan lebih mudah dikenal pasti. Anda juga boleh menerima ringkasan pemberitahuan dengan koleksi pemberitahuan yang dihantar setiap hari, berdasarkan jadual yang anda setkan. Lihat Jadualkan ringkasan pemberitahuan.
Mesej Pautan, foto dan kandungan lain yang dikongsi dengan anda dalam Mesej ditampilkan dalam bahagian Dikongsi dengan Anda dalam app yang sepadan (tersedia dalam Foto, Safari, Podcast, Apple Music, Apple News atau app Apple TV). Berbilang foto yang dihantar dalam Mesej kini kelihatan sebagai kolaj atau koleksi imej yang anda boleh leret menerusi untuk pelayaran yang mudah. Lihat Gunakan Mesej untuk menerima dan berkongsi kandungan dengan rakan.
Memoji Tampilkan rupa dan gaya anda dengan cara baharu. Pilih daripada pakaian baharu, lebih banyak hiasan kepala dan pilihan penyesuaian dikemas kini untuk pelekat Memoji anda. Lihat Cipta Memoji anda sendiri.
Peta Glob interaktif baharu menunjukkan butiran dipertingkat untuk gunung-ganang, gurun, hutan, laut dan banyak lagi. Peta terperinci untuk bandar seperti San Francisco dan New York memaparkan ketinggian, mercu tanda, pokok, laluan pusing, lintasan dan banyak lagi. Peta baharu untuk pemandu menyerlahkan butiran seperti trafik dan insiden, serta perancang laluan membolehkan anda melihat perjalanan anda yang seterusnya. Transit awam yang dikemas kini menunjukkan stesen berdekatan dan masa transit. Lihat Gerak, zum dan putarkan peta atau glob 3D, Lihat peta, Dapatkan arah memandu dan Dapatkan arah transit.
Safari Bar tab dikemas kini mengambil kurang ruang pada halaman dan dilaraskan untuk sepadan dengan warna setiap tapak. Kumpulan Tab membolehkan anda menyusun tab dan bertukar antara tab dengan lebih mudah. Lihat Gunakan tab dalam Safari.
Pencarian Visual Pencarian Visual mengenal pasti objek dalam foto anda, seperti tanda tempat popular, tumbuh-tumbuhan, buku dan seni dan kemudian menyediakan lebih imej dan maklumat tentang objek daripada web (A.S. sahaja). Lihat Berinteraksi dengan foto menggunakan Teks Langsung dan Pencarian Visual.
Foto Sesuaikan rupa dan perasaan memori anda dengan campuran Memori dan pilihan pengeditan lain. Anda juga boleh memilih lagu dipilih daripada Apple Music untuk dimainkan di latar belakang memori. Lihat Peribadikan Memori anda.
Muzik (iPadOS 15.2) Pilihan baharu, Apple Music Voice, menawarkan akses menerusi Siri ke katalog Apple Music, senarai main, campuran diperibadikan dan banyak lagi. Lihat Dengar muzik dengan Apple Music Voice.
Nota Cepat Catat nota pada sebarang app atau skrin yag terbuka pada iPad anda. Mulakan Nota Cepat dengan mudah dengan meleretkan jari atau Apple Pencil anda ke atas dari penjuru kanan bawah skrin, atau buka Pusat Kawalan. Nota Cepat disimpan dalam app Nota dan boleh menyertakan teks, tulisan tangan, pautan, tag dan sebutan (tidak tersedia pada iPad Air 2 atau iPad mini 4). Lihat Cipta Nota Cepat di mana-mana.
Nota Susun nota anda dengan tag, seperti #pelancongan atau #resipi untuk mencari nota dengan mudah dalam kategori berbeza. Sebut kolaborator dalam nota dikongsi untuk memaklumkan antara satu sama lain tentang kemas kini penting dan lihat perubahan terbaharu kepada nota dikongsi dalam senarai tunggal. Lihat Gunakan tag dan Folder Pintar dalam Nota dan Lihat aktiviti dalam nota.
Peringatan Kategorikan peringatan semasa anda menciptanya dengan menambah tag, seperti #tugas atau #kerja_sekolah. Cipta Senarai Pintar untuk menyusun peringatan mengikut tag, tarikh, masa, lokasi, keutamaan dan banyak lagi secara automatik. Lihat Gunakan tag dan Senarai Pintar dalam Peringatan.
Kawalan Universal (iPadOS 15.4) Gunakan papan kekunci, tetikus atau trackpad tunggal untuk bekerja dengan lancar antara Mac dan iPad anda. Lihat Gunakan papan kekunci dan tetikus atau trackpad merentas Mac dan iPad anda dengan Kawalan Universal.
iCloud+ iCloud+ menggabungkan segalanya yang ditawarkan iCloud dengan ciri premium baharu, termasuk Geganti Peribadi iCloud (beta), perkhidmatan yang melindungi privasi anda dalam talian; dan Sembunyikan E-mel Saya, cara mudah untuk mencipta alamat e-mel rawak semasa mengisi borang pada web; serta sokongan diperluas untuk rakaman Video Selamat HomeKit supaya anda boleh menyediakan lebih banyak kamera keselamatan rumah. Lihat Langgan iCloud+ pada iPad, Aktifkan Geganti Peribadi iCloud, Sembunyikan alamat e-mel peribadi anda dalam Safari dan Sediakan kamera keselamatan dalam Rumah.
Mail (iPadOS 15.2) Apabila anda melanggan iCloud+, Sembunyikan E-mel Saya membolehkan anda memastikan alamat e-mel peribadi anda kekal peribadi. Sembunyikan E-mel Saya mencipta alamat e-mel rawak unik yang memajukan ke akaun e-mel peribadi anda. Lihat Gunakan Perlindungan Privasi Mail.
Privasi Perlindungan Privasi Mail melindungi anda daripada pengirim yang cuba mendapatkan maklumat tentang aktiviti mel anda, mengikuti aktiviti dalam talian anda atau menentukan lokasi anda. Ia juga menghalang pengirim daripada melihat jika anda membuka e-mel mereka dan masanya. Semak Laporan Privasi dalam Safari untuk melihat ringkasan penjejak yang ditemui dan telah dihalang oleh Pencegahan Penjejakan Pintar. Anda juga boleh menyemak Laporan Privasi App (iPadOS 15.2), yang menunjukkan anda kekerapan app menggunakan keizinan yang anda berikan kepadanya untuk mengakses data anda. Lihat Gunakan Perlindungan Privasi Mail, Lihat Laporan Privasi dan Semak cara app menggunakan kebenaran yang anda berikan kepadanya.
Masa Skrin (iPadOS 15.2; tidak tersedia di semua negara atau rantau) Dengan keselamatan komunikasi dalam Masa Skrin, app Mesej boleh mengesan kebogelan dalam foto sebelum ia dihantar atau diterima pada peranti anak anda dan menyediakan sumber untuk membantu mereka. Apple tidak memperoleh akses ke foto tersebut disebabkan ciri ini. Lihat Aktifkan atau nyahaktifkan keselamatan komunikasi untuk mesej pada peranti ahli keluarga..
Keselamatan (iPadOS 15.2) Program Legasi Digital membolehkan anda memperuntukkan orang sebagai Kenalan Legasi supaya mereka boleh mengakses akaun dan maklumat peribadi anda sekiranya anda meninggal dunia. Lihat Tambah Kenalan Legasi.
Kebolehcapaian Sesuaikan paparan dan seting saiz teks untuk setiap app. Besarkan teks atau gunakan muka taip tebal, tingkatkan kontras, terbalikkan warna dan banyak lagi hanya untuk app yang anda mahukan. Terokai orang, objek, teks dan jadual dalam imej dengan lebih terperinci dengan VoiceOver. Topengkan bunyi persekitaran atau luaran yang tidak diingini dengan memainkan bunyi yang menenangkan secara berterusan di latar belakang. Lihat Sesuaikan seting kebolehcapaian untuk app khusus, Teroka imej dan Mainkan bunyi latar belakang pada iPad untuk menyembunyikan bunyi persekitaran.
Ketahui helah untuk iPadOS App Petua menambah cadangan baharu dengan kerap supaya anda boleh memanfaatkan sepenuhnya iPad anda. Lihat Dapatkan petua.
Nota: Ciri baharu dan app mungkin berbeza bergantung pada model iPad, rantau, bahasa dan pembawa anda.