Maklumat keselamatan penting untuk iPad
AMARAN: Kegagalan untuk mematuhi arahan keselamatan ini boleh menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik, kecederaan atau kerosakan lain pada iPad atau harta lain. Baca semua maklumat keselamatan di bawah sebelum menggunakan iPad.
Pengendalian Kendalikan iPad dengan cermat. Ia diperbuat daripada logam, kaca dan plastik serta mempunyai komponen elektronik yang sensitif di dalamnya. iPad atau baterinya boleh rosak jika dijatuhkan, dibakar, dibocorkan, atau dihancurkan, atau jika ia bersentuhan dengan cecair. Jika anda mengesyaki kerosakan kepada iPad atau bateri, tamatkan penggunaan iPad, kerana ia mungkin menyebabkan pemanasan terlampau atau kecederaan. Jangan gunakan iPad dengan skrin yang retak, kerana ia boleh menyebabkan kecederaan. Jika anda bimbang akan mencalarkan permukaan iPad, pertimbangkan untuk menggunakan bekas atau penutup.
Pembaikan Jangan buka iPad dan jangan cuba baiki iPad dengan sendiri. Membuka iPad boleh merosakkannya atau boleh menyebabkan kecederaan pada anda. Jika iPad rosak, malfungsi atau bersentuhan dengan cecair, hubungi Apple atau Penyedia Khidmat Sah Apple. Pembaikan oleh penyedia khidmat selain daripada Apple atau Penyedia Khidmat Sah Apple mungkin tidak termasuk penggunaan bahagian asli Apple dan mungkin mempengaruhi keselamatan dan fungsi peranti. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang mendapatkan pembaikan dan servis di tapak web Perbaiki iPad.
Bateri Jangan cuba menggantikan bateri iPad dengan sendiri. Bateri litium-ion dalam iPad perlu diservis atau dikitar semula oleh Apple atau penyedia perkhidmatan yang sah. Servis yang salah boleh merosakkan bateri, menyebabkan pemanasan terlampau, atau mengakibatkan kecederaan. Bateri mesti dikitar semula atau dibuang berasingan daripada sampah rumah. Jangan membakar bateri tersebut. Untuk mendapatkan maklumat tentang servis dan kitar semula bateri, lihat Tapak web Servis dan Kitar Semula Bateri.
Laser Sistem kamera TrueDepth dan Pengimbas LiDAR mengandungi satu atau lebih laser. Sistem laser mungkin dinyahdayakan untuk tujuan keselamatan jika peranti rosak atau pincang. Jika anda menerima pemberitahuan pada iPad anda bahawa sistem laser dinyahdayakan, anda seharusnya sentiasa membiarkannya dibaiki oleh Apple atau penyedia perkhidmatan bertauliah. Pembaikan yang tidak betul, pengubah suaian atau penggunaan komponen Apple yang tidak tulen dalam sistem laser mungkin menghalang mekanisme keselamatan daripada berfungsi dengan betul dan boleh menyebabkan pendedahan berbahaya dan kecederaan kepada mata atau kulit.
Gangguan Perhatian Menggunakan iPad dalam sesetengah keadaan mungkin mengganggu tumpuan anda dan mungkin menyebabkan situasi berbahaya (contohnya, elak menggunakan fon kepala semasa menunggang basikal dan elak menaip mesej teks semasa memandu). Ikuti peraturan yang melarang atau mengehadkan penggunaan peranti mudah alih atau fon kepala.
Navigasi Peta bergantung pada servis data. Perkhidmatan data ini tertakluk kepada perubahan dan mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau, menyebabkan maklumat dalam peta atau berdasarkan lokasi yang mungkin tidak tersedia, tidak tepat, atau tidak lengkap. Bandingkan maklumat disediakan dalam Peta persekitaran anda. Gunakan logik akal apabila bernavigasi. Sentiasa perhatikan keadaan jalan semasa dan papan tanda untuk menyelesaikan sebarang percanggahan. Beberapa ciri Peta memerlukan Servis Lokasi.
Pengecasan Cas iPad dengan kabel USB dan penyesuai kuasa yang disertakan. Anda juga boleh mengecas iPad dengan kabel “Made for iPad” atau pihak ketiga yang lain dan penyesuai kuasa yang serasi USB 2.0 atau lebih baharu dan dengan peraturan negara yang berkenaan serta piawai keselamatan serantau dan antarabangsa. Penyesuai lain mungkin tidak mematuhi standard keselamatan dan mengecas dengan penyesuai begitu boleh menyebabkan risiko kematian atau kecederaan.
Menggunakan kabel atau pengecas yang rosak, atau mengecas apabila wujud kelembapan boleh menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik, kecederaan atau kerosakan pada iPad atau harta benda lain. Apabila anda mengecas iPad, pastikan kabel USB dimasukkan sepenuhnya ke dalam penyesuai kuasa sebelum anda meyambungkan penyesuai ke salur kuasa. Adalah penting untuk meletakkan iPad, kabel USB dan penyesuai kuasanya dalam kawasan dengan pengudaraan yang baik semasa menggunakan atau mengecasnya.
Kabel dan penyambung pengecasan Elakkan sentuhan kulit berpanjangan dengan kabel dan penyambung pengecasan apabila kabel pengecasan bersambung ke sumber kuasa kerana ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan atau kecederaan. Tidur atau duduk di atas kabel atau penyambung pengecasan sepatutnya dielakkan.
Pendedahan haba berpanjangan iPad dan penyesuai kuasa USB iPad mematuhi had suhu permukaan diperlukan yang ditakrifkan oleh peraturan negara yang berkenaan serta piawai keselamatan antarabangsa dan serantau. Bagaimanapun, walaupun dengan had ini, sentuhan dikekalkan dengan permukaan panas untuk jangka masa yang panjang mungkin menyebabkan tidak selesa atau kecederaan. Gunakan akal budi untuk mengelakkan situasi yang mana kulit anda bersentuhan dengan peranti atau penyesuai kuasanya apabila ia beroperasi atau disambung ke salur kuasa untuk tempoh yang lama. Sebagai contoh, jangan tidur pada peranti atau penyesuai kuasa atau letakkannya di bawah selimut, bantal atau badan anda apabila ia dipasang ke sumber kuasa. Simpan iPad anda dan penyesuai kuasanya dalam kawasan dengan pengudaraan yang baik semasa menggunakan atau mengecasnya. Beri penjagaan khusus jika anda mempunyai keadaan fizikal yang memberi kesan ke atas kebolehan anda mengesan haba ke atas badan.
Penyesuai kuasa USB Untuk mengendalikan penyesuai kuasa USB Apple secara selamat dan mengurangkan kemungkinan kecederaan atau kerosakan berkaitan haba, pasangkan penyesuai kuasa secara terus ke salur kuasa. Jangan gunakan penyesuai kuasa di lokasi yang basah, seperti berdekatan singki atau bilik mandi pancuran dan jangan sambung atau putuskan sambungan penyesuai kuasa dengan tangan yang basah. Berhenti menggunakan penyesuai kuasa dan sebarang kabel jika mana-mana daripada keadaan berikut berlaku:
Plag atau gigi penyesuai kuasa rosak.
Kabel pengecas menjadi berbulu atau rosak.
Penyesuai kuasa didedahkan kepada kelembapan berlebihan, atau cecair tertumpah di atas penyesuai kuasa.
Penyesuai kuasa terjatuh dan penutupnya telah rosak.
Spesifikasi penyesuai kuasa USB:
Frekuensi | 50 ke 60 Hz, fasa tunggal | ||||||||||
Voltan talian | 100 ke 240 Vac | ||||||||||
Voltan output | Rujuk penanda output pada penyesuai kuasa |
Kehilangan pendengaran Mendengar bunyi pada kelantangan tinggi mungkin merosakkan pendengaran anda. Bising latar belakang dan pendedahan berterusan ke paras kelantangan tinggi, dapat membuat bunyi lebih perlahan daripada yang sebenar. Aktifkan main balik audio dan semak kelantangan sebelum memasukkan apa-apa peranti ke dalam telinga anda. Untuk mendapatkan maklumat tentang cara mengesetkan had kelantangan maksimum pada iPad, lihat Kurangkan bunyi fon kepala kuat dalam Seting. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kehilangan pendengaran, lihat Tapak web Bunyi dan Pendengaran.
Headset Apple yang dijual bersama iPhone di China (dapat dikenal pasti melalui gelang penebat gelap pada palam) direka bentuk untuk mematuhi standard China dan hanya serasi dengan iPad, iPhone atau iPod touch.
AMARAN: Untuk mengelakkan kerosakan pendengaran, jangan dengar pada paras kelantangan tinggi untuk masa yang lama.
Pendedahan frekuensi radio iPad menggunakan isyarat radio untuk bersambung ke rangkaian wayarles. Untuk mendapatkan maklumat tentang tenaga frekuensi radio (RF) yang terhasil daripada isyarat radio dan langkah-langkah yang anda boleh ambil untuk meminimumkan pendedahan, pergi ke Seting > Umum > Undang-Undang & Kawal Selia > Pendedahan RF atau lihat Tapak web Pendedahan RF.
Gangguan isyarat radio Perhatikan tanda dan notis yang menghalang dan mengehadkan penggunaan peranti mudah alih. Walaupun iPad direka bentuk, diuji dan dikilangkan agar mematuhi peraturan yang mentadbir pemancaran frekuensi radio, pemancaran sedemikian daripada iPad boleh menjejaskan operasi kelengkapan elektronik yang lain secara negatif, menyebabkannya malfungsi. Apabila penggunaan dilarang, seperti semasa dalam perjalanan dengan pesawat atau apabila diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa, matikan iPad, atau gunakan mod pesawat atau Seting > Wi-Fi dan Seting > Bluetooth untuk nyahaktifkan pemancar wayarles iPad.
Gangguan peranti perubatan iPad, iPad Smart Cover, Smart Folio, Smart Keyboard Folio, Magic Keyboard untuk iPad dan Apple Pencil mengandungi magnet serta komponen dan/atau radio yang mengeluarkan medan elektromagnetik. Magnet dan medan elektromagnetik ini mungkin mengganggu peranti perubatan.
Runding dengan doktor dan pengeluar peranti perubatan anda untuk maklumat terperinci peranti perubatan anda dan sama ada anda perlu mengekalkan jarak pemisahan selamat antara peranti perubatan anda dan iPad, iPad Smart Cover, Smart Folio, Smart Keyboard Folio, Magic Keyboard untuk iPad atau Apple Pencil. Pengeluar selalunya memberikan pengesyoran tentang penggunaan selamat peranti mereka di sekeliling produk wayarles atau magnetik untuk menghalang kemungkinan gangguan. Jika anda mengesyaki iPad, iPad Smart Cover, Smart Folio, Smart Keyboard Folio, Magic Keyboard untuk iPad atau Apple Pencil mengganggu peranti perubatan anda, berhenti menggunakan produk ini.
Peranti perubatan seperti perentak jantung implan dan defibrilator mungkin mengandungi sensor yang bertindak balas kepada magnet dan radio apabila berada berhampiran. Untuk mengelakkan sebarang kemungkinan interaksi dengan peranti ini, simpan iPad, iPad Smart Cover, Smart Folio, Smart Keyboard Folio, Magic Keyboard untuk iPad dan Apple Pencil pada jarak yang selamat daripada peranti anda (lebih daripada 6 inci/15cm, tetapi rujuk doktor anda dan pengeluar peranti anda untuk mendapatkan garis panduan yang khusus).
Bukan peranti perubatan iPad bukan peranti perubatan dan tidak sepatutnya digunakan sebagai pengganti keputusan perubatan profesional. Ia tidak direka atau disediakan untuk penggunaan dalam diagnosis penyakit atau keadaan lain, atau dalam perubatan, pengurangan, rawatan, atau pencegahan sebarang keadaan atau penyakit. Sila rujuk penyedia penjagaan kesihatan anda sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan kesihatan anda.
Keadaan perubatan Jika anda mempunyai sebarang keadaan perubatan atau mengalami simptom yang anda percaya boleh terjejas akibat iPad atau cahaya berkelip (sebagai contoh, sawan, pitam, keletihan mata atau sakit kepala) bincang dengan doktor anda sebelum menggunakan iPad.
Letupan dan keadaan atmosfera lain Mengecas atau menggunakan iPad dalam sebarang kawasan dengan atmosfera berpotensi meletup, seperti kawasan udara dengan kandungan kimia boleh bakar yang tinggi, wap udara, atau zarah (seperti butir, habuk, atau debu besi), mungkin berbahaya. Mendedahkan iPad kepada persekitaran yang mempunyai kepekatan bahan kimia yang tinggi, termasuk berhampiran gas cecair tersejat seperti helium, mungkin merosakkan atau mencacatkan fungsi iPad. Patuhi semua petanda dan arahan.
Pergerakan berulang Apabila anda melakukan aktiviti berulang seperti menaip, meleret atau bermain permainan pada iPad, anda mungkin mengalami ketidakselesaan pada tangan, lengan, pergelangan tangan, bahu, leher atau bahagian badan anda yang lain. Jika anda mengalami ketidakselesaan, berhenti menggunakan iPad dan berbincang dengan doktor.
Aktiviti dengan akibat buruk Peranti ini tidak bertujuan untuk digunakan di mana kegagalan peranti boleh menyebabkan kematian, kecederaan peribadi atau kerosakan alam sekitar yang teruk.
Bahaya tercekik Seetengah aksesori iPad boleh menyebabkan bahaya tercekik kepada kanak-kanak kecil. Jauhi aksesori ini daripada kanak-kanak kecil.