Import projek ke iMovie pada iPad
Tugas di bawah menerangkan cara yang berbeza untuk mengimport projek ke iMovie pada iPad anda.
Import projek iMovie daripada peranti lain menggunakan AirDrop
Buka iMovie pada peranti yang anda mahu pindahkan, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Daripada pelayar Projek: Ketik projek yang anda mahu pindahkan.
Jika anda mengedit projek: Ketik Selesai.
Ketik butang Kongsi , ketik Eksport Projek, ketik AirDrop, kemudian ketik peranti yang anda mahu pindahkan.
Penting: Untuk berkongsi fail projek (berbanding fail video yang anda boleh mainkan tetapi tidak edit), pastikan untuk mengetik Eksport Projek sebelum anda mengetik AirDrop.
Jika peranti lagi satu tidak muncul secara automatik, pastikan AirDrop diaktifkan pada kedua-dua peranti dalam Pusat Kawalan.
Pada peranti yang anda mahu pindahkan, ketik Terima apabila isyarat AirDrop muncul.
Selepas anda mengimport projek, anda mesti menyalin media projek ke pustaka foto untuk menjadikan media tersebut tersedia dalam pelayar media iMovie untuk digunakan dalam projek lain. Lihat Urus media diimport ke iMovie pada iPad.
Import projek iMovie daripada iCloud Drive
Dalam pelayar Projek, ketik butang Pilihan Lanjut di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Import Projek.
Ketik Layari, kemudian navigasi ke folder iMovie.
Ketik nama projek yang anda mahu import.
Apabila import selesai, projek tersebut dibuka dan boleh diedit sama seperti sebarang projek lain.
Import projek iMovie daripada Mac anda menggunakan Finder
Jika Mac anda mempunyai macOS Mojave 10.14 atau lebih awal dipasang, lihat Import projek iMovie daripada macOS Mojave 10.14 atau lebih awal, di bawah.
Sambungkan iPhone atau iPad anda ke Mac anda, kemudian buka tetingkap Finder pada Mac anda (klik desktop, kemudian pilih Fail > Tetingkap Finder Baru).
Anda mungkin diminta untuk mempercayai komputer yang anda sambungkan peranti anda. Untuk meneruskan, ketik Percaya pada peranti anda.
Klik nama peranti dalam bar sisi tetingkap Finder, kemudian klik Fail dalam bar di bawah nama peranti.
Seret fail yang anda mahu tambah pada tetingkap Finder peranti.
Buka iMovie pada peranti anda.
Dalam pelayar Projek, ketik butang Pilihan Lanjut di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Import Projek.
Ketik Layari, kemudian navigasi ke lokasi item yang anda mahu import dan ketiknya.
Apabila import selesai, projek yang diimport dibuka. Projek diimport boleh diedit dengan cara yang sama seperti projek lain.
Import projek iMovie daripada macOS Mojave 10.14 atau lebih awal
Jika Mac anda mempunyai macOS Catalina 10.15 atau lebih baharu dipasang, lihat Import projek iMovie daripada Finder, di atas.
Sambungkan iPhone atau iPad anda ke komputer anda, kemudian buka iTunes pada komputer anda.
Anda mungkin diminta untuk mempercayai komputer yang anda sambungkan peranti anda. Untuk meneruskan, ketik Percaya pada peranti anda.
Klik butang untuk peranti anda berhampiran penjuru kiri atas tetingkap iTunes.
Pilih App dalam bar sisi di sebelah kiri.
Pilih iMovie dalam senarai App di bawah Perkongsian Fail (anda mungkin perlu menskrol untuk melihatnya).
Lakukan salah satu daripada berikut:
Seret fail yang anda mahu tambah pada anak tetingkap Dokumen iMovie.
Klik Tambah di bawah anak tetingkap Dokumen iMovie dan dalam tetingkap yang muncul, navigasi ke fail yang anda mahu tambah.
Untuk menyalin fail ke peranti anda, pilih fail, kemudian klik Buka.
Fail muncul dalam anak tetingkap Dokumen iMovie apabila penyalinan selesai.
Buka iMovie pada peranti anda.
Dalam pelayar Projek, ketik butang Pilihan Lanjut di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Import Projek.
Ketik Layari, kemudian navigasi ke lokasi item yang anda mahu import dan ketiknya.
Apabila import selesai, projek yang diimport dibuka. Projek diimport boleh diedit dengan cara yang sama seperti projek lain.