Panduan Pengguna iCloud.com untuk iPad
- Selamat Datang
- Pengenalan kepada iCloud.com
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Pulihkan penanda buku Safari anda di iCloud.com
Anda boleh memulihkan penanda buku Safari anda daripada versi terdahulu yang telah diarkibkan di iCloud secara automatik. Sebagai contoh, anda mungkin ingin memulihkan versi terdahulu untuk memulihkan beberapa penanda buku yang telah dipadamkan secara tidak sengaja.
Apabila anda memulihkan versi terdahulu, versi semasa anda akan diarkibkan terlebih dahulu dalam iCloud supaya anda boleh kembali ke versi ini sekiranya anda berubah fikiran.
Di iCloud.com, ketik dalam bar alat, kemudian ketik Pemulihan Data.
Ketik Pulihkan Penanda Buku.
Anda boleh mengisih penanda buku yang tersedia mengikut Tarikh Dipadam, Nama atau Folder.
Ketik Pulihkan di sebelah kanan versi yang ingin anda pulihkan.
Mungkin terdapat lebih banyak versi yang boleh dipaparkan. Skrol untuk melihat semuanya.
Nota: Tunggu sehingga iCloud selesai memulihkan penanda buku Safari anda sebelum anda menukarnya. Semasa proses pemulihan, sebarang perubahan yang anda buat tidak akan disimpan.
Penanda buku yang dipulihkan akan muncul pada semua peranti anda yang menghidupkan Safari dalam seting iCloud.
Jika anda berubah fikiran, anda boleh memulihkan penanda buku Safari yang anda gunakan. Ikuti langkah di atas untuk memulihkan versi terbaharu yang tersedia.