Daftar masuk ke iCloud pada semua peranti anda
Untuk menyediakan iCloud pada peranti anda, daftar masuk ke setiap peranti dengan Apple ID dan kata laluan yang sama. Anda boleh memilih app yang menyimpan maklumat dalam iCloud dan ciri iCloud yang anda gunakan secara berasingan pada setiap peranti. Ketahui lebih lanjut tentang cara setiap app atau ciri menggunakan iCloud.
Nota: Apabila anda mematikan iCloud untuk app atau ciri pada peranti, maklumat yang disimpan di iCloud untuk app atau ciri itu tidak lagi akan tersedia pada peranti tersebut. Walau bagaimanapun, maklumat tersebut masih tersedia pada peranti lain yang menghidupkan iCloud untuk app atau ciri tersebut. Lihat Cara iCloud mengemas kini maklumat pada semua peranti anda.
Sediakan iCloud pada iPhone, iPad atau iPod touch anda
Pada iPhone, iPad atau iPod touch anda, pergi ke Seting > [nama anda].
Jika anda tidak melihat nama anda, ketik “Daftar masuk ke [peranti] anda,” masukkan Apple ID anda (atau alamat e-mel atau nombor telefon lain dalam rekod), kemudian masukkan kata laluan anda.
Lakukan salah satu yang berikut:
iOS 16, iPadOS 16 atau terkini: Ketik iCloud, kemudian hidupkan setiap app atau ciri yang ingin anda gunakan. Ketik Tunjukkan Semua untuk melihat lebih banyak app.
iOS 15, iPadOS 15 atau terdahulu: Ketik iCloud, kemudian hidupkan setiap app atau ciri yang ingin anda gunakan.
Sediakan iCloud pada Mac anda
Pada Mac anda, lakukan salah satu daripada yang berikut:
macOS 13 atau terkini: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi, kemudian klik iCloud.
Jika anda tidak melihat nama anda, klik “Daftar masuk dengan Apple ID anda”, masukkan Apple ID anda (atau alamat e-mel atau nombor telefon lain dalam rekod), masukkan kata laluan anda, kemudian klik iCloud.
macOS 12 atau terdahulu: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Apple ID, kemudian klik iCloud.
Jika anda tidak melihat Apple ID, klik Daftar Masuk, masukkan Apple ID dan kata laluan anda, kemudian klik iCloud.
Hidupkan atau pilih setiap app atau ciri.
Sediakan iCloud pada Apple Watch anda
Untuk Apple Watch yang anda pasangkan dengan iPhone anda: Jika anda menghidupkan iCloud untuk app atau ciri pada iPhone, anda boleh melihat maklumat dari app atau ciri itu pada Apple Watch anda (jika tersedia). Anda boleh memilih jenis maklumat yang muncul pada Apple Watch anda dengan menukar seting di app Apple Watch pada iPhone anda. Lihat App Apple Watch dalam Panduan Pengguna Apple Watch.
Untuk Apple Watch yang disediakan oleh ahli keluarga: Anda boleh menggunakan app Seting pada Apple Watch untuk menghidupkan atau mematikan iCloud untuk app atau ciri.
Sediakan iCloud pada Apple TV anda
Di Apple TV anda, buka app Seting.
Pilih Pengguna dan Akaun, kemudian pilih akaun anda.
Jika anda belum mendaftar masuk dengan Apple ID untuk iCloud anda, pilih iCloud > Daftar Masuk, kemudian masukkan Apple ID dan kata laluan anda.
Di bahagian iCloud, pilih app atau ciri, kemudian hidupkan atau matikannya.
Sediakan iCloud pada komputer Windows anda
Untuk menggunakan iCloud untuk Windows, anda mestilah menyediakan iCloud pada iPhone, iPad, iPod touch atau Mac, kemudian ikut langkah ini.
Jika anda belum memilikinya, muat turun iCloud untuk Windows dari Microsoft Store. Lihat artikel Sokongan Apple Muat turun iCloud untuk Windows.
Jika anda diminta untuk mendaftar masuk, masukkan Apple ID anda (atau alamat e‑mel atau nombor telefon lain dalam rekod) dan kata laluan.
Untuk setiap app atau ciri, klik Segerakkan [app atau ciri] atau Bukan Sekarang di penjuru kanan bawah.
Untuk app dan ciri tertentu, anda juga boleh melaraskan Seting Lanjutan atau memasang sambungan ketika proses persediaan.
Pilih sama ada anda ingin berkongsi analitis iCloud, kemudian klik Selesaikan Persediaan.
Untuk maklumat lanjut, lihat Panduan Pengguna iCloud untuk Windows.
Jika anda menghadapi masalah menyediakan iCloud, lihat artikel Sokongan Apple Jika anda tidak boleh menyambung atau mendaftar masuk ke iCloud.
Nota: Sesetengah ciri iCloud mempunyai keperluan sistem minimum. iCloud mungkin tidak tersedia di semua kawasan dan ciri iCloud mungkin berbeza mengikut kawasan. Lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk iCloud. Untuk maklumat lanjut tentang ciri iCloud, lawati apple.com/icloud/.