Sediakan Cari pada semua peranti anda
Gunakan sumber di bawah untuk menyediakan app Cari. Kongsi lokasi anda dengan rakan dan keluarga dan tambah iPhone, iPad, iPod touch, Mac, Apple Watch, AirPods, fon kepala Beats, AirTag dan item pihak ketiga anda ke Cari.
Untuk mengetahui cara untuk mencari rakan, keluarga, peranti dan item, lihat Perkara yang boleh anda cari dengan Cari pada setiap peranti.
Kongsi lokasi anda dengan Cari
Apabila anda berkongsi lokasi anda dengan rakan dan keluarga, anda boleh meminta untuk melihat lokasi mereka dalam app Cari. Anda boleh menggunakan iPhone, iPad atau iPod touch anda untuk berkongsi lokasi.
Untuk mendapatkan arahan persediaan, lihat daripada yang berikut:
Panduan Pengguna iPhone: Kongsi lokasi anda dalam Cari pada iPhone
Panduan Pengguna iPad: Kongsi lokasi anda dalam Cari pada iPad
Panduan Pengguna iPod touch: Kongsi lokasi anda dalam Cari pada iPod touch
Sediakan iPhone, iPad, iPod touch, Mac atau Apple Watch anda
Untuk menyediakan Cari pada iPhone, iPad, iPod touch, Mac atau Apple Watch anda, daftar masuk ke peranti dengan Apple ID anda, hidupkan perkongsian lokasi dan hidupkan Cari [peranti]. Anda perlu menghidupkan Cari sebelum peranti hilang.
Apabila anda menyediakan iPhone, iPad, iPod touch, Mac atau Apple Watch, Kunci Pengaktifan dihidupkan untuk membantu melindungi peranti anda. Anda boleh menggunakan Cari untuk melihat lokasi peranti pada peta, memainkan bunyi pada peranti, menghidupkan Mod Hilang dan memadamkan peranti secara jauh.
Untuk mendapatkan arahan persediaan, lihat daripada yang berikut:
iPhone: Tambah iPhone anda ke Cari
iPad: Tambah iPad anda ke Cari
iPod touch: Tambah iPod touch anda ke Cari
Apple Watch: Sediakan dan pasangkan Apple Watch anda dengan iPhone atau Sediakan Apple Watch ahli keluarga
Sediakan AirPods atau fon kepala Beats anda
Jika anda memasangkan AirPods atau fon kepala Beats dengan iPhone, iPad atau iPod touch anda, ia muncul dalam senarai Peranti anda dalam app Cari. Anda boleh menggunakan Cari untuk mencari atau memainkan bunyi pada peranti tersebut. Jika AirPods anda menyokong rangkaian Cari, anda juga boleh menandakannya sebagai hilang.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat daripada yang berikut:
Sediakan Wallet iPhone yang disokong dengan MagSafe
Jika Wallet iPhone dengan MagSafe anda mempunyai sokongan Cari, anda boleh menyambungkannya ke Apple ID supaya anda boleh melihat lokasi terakhir yang diketahui dalam app Cari. Anda juga boleh menandakannya sebagai hilang.
Untuk mendapatkan arahan persediaan, lihat Tambah Wallet iPhone dengan MagSafe anda ke Cari pada iPhone dalam Panduan Pengguna iPhone.
Sediakan AirTag atau item pihak ketiga anda
Apabila anda mendaftarkan AirTag atau item pihak ketiga ke Apple ID, anda boleh melihat lokasinya pada peta, memainkan bunyi padanya (jika berkenaan) dan menandakannya sebagai hilang. Anda boleh menggunakan iPhone, iPad atau iPod touch anda untuk mendaftarkan item.
Untuk mendapatkan arahan persediaan, lihat daripada yang berikut:
Panduan Pengguna iPhone: Tambahkan AirTag dalam Cari pada iPhone atau Tambahkan atau kemas kini item pihak ketiga dalam Cari pada iPhone
Panduan Pengguna iPad: Tambahkan AirTag dalam Cari pada iPad atau Tambahkan atau kemas kini item pihak ketiga dalam Cari pada iPad
Panduan Pengguna iPod touch: Tambahkan AirTag dalam Cari pada iPod touch atau Tambahkan atau kemas kini item pihak ketiga dalam Cari pada iPod touch
Sediakan peranti ahli keluarga
Jika anda sebahagian daripada kumpulan Perkongsian Keluarga, anda boleh menggunakan Cari untuk membantu mencari dan melindungi sebarang peranti ahli keluarga. Peranti mereka tertera di bawah peranti anda dalam senarai Peranti dalam Cari.
Setiap ahli keluarga perlu menyediakan peranti mereka untuk berkongsi lokasi dengan ahli keluarga lain. Lihat artikel Sokongan Apple Kongsi lokasi anda dengan keluarga anda.
Anda tidak boleh menambahkan peranti rakan anda ke senarai peranti anda. Rakan yang kehilangan peranti boleh pergi ke icloud.com/find dan daftar masuk dengan Apple ID mereka.