Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan halaman utama
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Guna Pustaka Foto Dikongsi iCloud
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah tajuk atau kapsyen
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video ke Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Kongsi foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada komputer Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Sesuaikan cara kalendar dipaparkan pada iCloud.com
Anda boleh menentukan bagaimana kalendar itu dipaparkan atau melihat bahagian tertentu kalendar (contohnya, hari tertentu atau keseluruhan bulan tersebut).
Dalam Kalendar di iCloud.com, lakukan sebarang yang berikut:
Tukar susunan kalendar dalam bar sisi: Seret ke atas atau ke bawah dalam senarai. Anda tidak boleh menyeret kalendar ke bahagian lain.
Lihat satu hari, minggu atau bulan pada satu masa: Klik Hari, Minggu atau Bulan di atas kalendar. Apabila melihat satu hari tunggal, anda akan melihat kalendar bulanan kecil yang membenarkan anda untuk memantau hari acara telah dijadualkan.
Tukar tempoh masa yang boleh dilihat: Klik anak panah di salah satu sisi Hari Ini di atas kalendar.
Pergi ke tarikh tertentu: Klik di bahagian atas bar sisi, kemudian pilih Pergi ke Tarikh. Taip atau pilih tarikh, kemudian klik OK.
Tunjukkan tarikh Qamari: Klik di bahagian atas bar sisi, kemudian pilih Seting. Klik Penampilan, pilih “Tunjukkan kalendar ‘Qamari’,” kemudian klik .
Jika kalendar dikongsi, seting anda hanya digunakan pada cara kalendar anda dipaparkan, bukan pada cara orang lain melihat kalendar tersebut.