Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan halaman utama
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Guna Pustaka Foto Dikongsi iCloud
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah tajuk atau kapsyen
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video ke Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Kongsi foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada komputer Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Muat turun lampiran e‑mel daripada Mail di iCloud.com
E‑mel yang mengandungi lampiran mempunyai ikon klip kertas di sebelah kanan nama pengirim dalam senarai e‑mel.
Jika anda menerima e‑mel yang mempunyai lampiran (fail), anda boleh membuka fail tersebut selepas memuat turunnya ke komputer anda.
Dalam Mail di iCloud.com, buka e‑mel yang mengandungi lampiran.
Klik fail atau imej yang anda ingin muat turun ke komputer anda. Fail atau imej tersebut dimuat turun ke lokasi yang dinyatakan dalam seting pelayar web anda.
Jika anda menggunakan Safari pada Mac, lihat Muat turun item daripada web menggunakan Safari pada Mac dalam Panduan Pengguna Safari untuk Mac.
Jika anda tidak boleh membuka lampiran, ia mungkin telah dicipta menggunakan app yang tidak terdapat dalam komputer anda. Minta pengirim menghantar semula fail dalam format yang serasi dengan app yang anda gunakan.
Ketahui cara menggunakan Mail di iCloud.com pada telefon atau tablet.