Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan halaman utama
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Guna Pustaka Foto Dikongsi iCloud
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah tajuk atau kapsyen
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video ke Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Kongsi foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada komputer Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Terima peringatan untuk balas e‑mel dalam Mail di iCloud.com
Jika anda tiada masa untuk membalas e-mel dengan serta-merta, anda boleh menetapkan masa dan tarikh untuk menerima peringatan dan e-mel itu akan dipindahkan ke bahagian atas peti masuk anda.
Sediakan peringatan
Dalam Mail di iCloud.com, pilih e-mel dalam senarai e-mel anda, kemudian klik .
Klik Ingatkan Saya, kemudian pilih salah satu pilihan berikut:
Ingatkan Saya dalam 1 Jam: Terima peringatan dalam masa satu jam.
Ingatkan Saya Malam Ini: Terima peringatan pada 9:00 p.m. (masa tempatan).
Ingatkan Saya Esok: Terima peringatan pada 8:00 a.m. (masa tempatan) keesokan harinya.
Ingatkan Saya Kemudian: Pilih tarikh dan masa tersuai untuk menerima peringatan.
E‑mel yang telah anda setkan peringatan untuk dipindahkan ke bahagian atas peti masuk anda pada masa yang anda tetapkan. E‑mel juga akan muncul dalam peti mel Ingatkan Saya dalam Senarai Peti Mel.
Edit peringatan
Dalam Mail di iCloud.com, pilih e-mel dalam senarai e-mel anda, kemudian klik .
Klik Edit Peringatan, kemudian lakukan salah satu perkara berikut:
Tukar tarikh: Klik tarikh, pilih tarikh daripada kalendar, kemudian klik Jadual.
Tukar masa: Klik masa, taipkan masa baharu, kemudian klik Jadual.
Keluarkan peringatan: Klik Keluarkan Peringatan.