App dan ciri untuk pengguna iCloud web sahaja
Akaun web sahaja membolehkan anda bekerjasama dalam talian menggunakan iCloud sekiranya anda tidak mempunyai peranti Apple.
Sekiranya anda mempunyai akses web sahaja ke iCloud, anda boleh mengakses app dan ciri yang berikut di iCloud.com:
Pada telefon: iCloud Drive dan Nota
Pada tablet: Kenalan, iCloud Drive dan Nota
Pada komputer: Kenalan, iCloud Drive, Keynote, Nota, Numbers dan Pages
Untuk maklumat lanjut tentang akses web sahaja, lihat artikel Sokongan Apple Akses web sahaja ke iCloud.