Cipta koleksi buku
Anda boleh mengatur buku dalam pustaka iBooks anda dengan menghimpunkan mereka ke dalam koleksi. Buku hanya boleh berada dalam satu koleksi pada satu masa (semua buku adalah disertakan dalam koleksi Semua).
Cipta koleksi
Semasa melihat pustaka anda, pilih Fail > Koleksi Baru atau pilih satu atau lebih buku, kemudian pilih Fail > Koleksi Baru daripada Pilihan.
Dwiklik Koleksi Baru dalam senarai koleksi, kemudian taipkan nama untuk koleksi anda.
Anda juga boleh klik Koleksi, klik butang Tambah di penjuru kiri bawah, kemudian taipkan nama untuk koleksi anda.
Tambah buku ke koleksi
Dalam pustaka anda, klik Koleksi.
Klik Semua dalam senarai koleksi.
Pilih satu atau lebih buku di sebelah kanan, kemudian seret ke dalam koleksi.
Anda juga boleh klik Senarai, pilih buku, klik koleksi, kemudian taipkan nama koleksi.
Nama semula koleksi
Dalam pustaka anda, dwiklik Koleksi dalam senarai koleksi, kemudian taipkan nama baru.
Padam koleksi yang telah anda cipta
Dalam pustaka anda, klik Koleksi, pilih koleksi, kemudian tekan Delete.
Memadam koleksi tidak memadam buku dalam koleksi; buku masih berada dalam koleksi Semua.