Sediakan aksesori yang didayakan Siri
Anda boleh mengembangkan akses HomePod ke seluruh rumah anda dengan mendayakan Siri pada aksesori rumah pintar yang serasi. “Hai Siri” boleh didayakan pada aksesori ini supaya anda boleh mengawalnya dengan suara anda, mendapatkan bantuan dengan soalan atau tugas harian dan memainkan muzik dan podcast kegemaran anda.
Sebelum anda bermula, kemas kini iPhone and ke versi terkini iOS, atau kemas kini iPad anda ke versi terkini iPadOS. Pastikan iPhone atau iPad anda telah mengaktifkan Bluetooth® dan iPhone atau iPad anda dan HomePod, keduanya disambungkan ke rangkaian Wi-Fi yang anda mahu aksesori anda gunakan.
Nota: Main balik muzik dan podcast pada aksesori didayakan Siri ialah ciri beta buat masa ini.
Tambah aksesori dan dayakan Siri
Pergi ke app Rumah pada iPhone atau iPad anda.
Ketik , kemudian ketik Tambah Aksesori.
Imbas kod persediaan atau pegang iPhone berdekatan dengan aksesori dan kemudian ketik aksesori dalam senarai Aksesori Berdekatan.
Ketik Sediakan dan ikuti arahan atas skrin.
Di bawah Bercakap dengan Siri, ketik Aktifkan untuk mendayakan Siri pada aksesori.
Ketik Guna Permintaan Peribadi untuk membenarkan aksesori menjalankan Permintaan Peribadi menggunakan HomePod dan iPhone atau iPad berdekatan.
Anda kini boleh membuat permintaan peribadi secara langsung kepada aksesori didayakan Siri anda.
Nota: HomePod mestilah disambungkan ke rangkaian Wi-Fi yang sama untuk mengakses Siri daripada aksesori. Permintaan Peribadi juga memerlukan iPhone atau iPad berdekatan.
Siri tidak boleh didayakan pada aksesori jika pembantu cerdas lain telah didayakan pada peranti tersebut.
Untuk konfigurasi seting pada aksesori, lihat Tukar seting HomePod.
Gunakan aksesori didayakan Siri sebagai speaker AirPlay (beta)
Menggunakan AirPlay pada aksesori didayakan Siri untuk memainkan muzik dan podcast tidak didayakan secara lalai.
Untuk menyediakan aksesori sebagai speaker AirPlay, lakukan yang berikut:
Pergi ke app Rumah pada iPhone atau iPad anda.
Ketik aksesori, ketik , kemudian aktifkan Speaker AirPlay.