Buat dan terima panggilan telefon dalam FaceTime pada Mac
Apabila anda ingin membuat atau menerima panggilan telefon, anda tidak perlu mencapai iPhone anda—anda boleh gunakan Mac anda. Apabila seseorang memanggil anda, pemberitahuan muncul pada Mac anda dan anda boleh menjawab panggilan—malah menggunakan Teks Masa Nyata (RTT) untuk panggilan telefon anda, jika pembawa anda menyokongnya. (Lihat keperluan panggilan telefon FaceTime.)
Nota: Panggilan telefon yang anda buat dan terima pada Mac anda menggunakan minit selular—caj selular mungkin dikenakan.
Buat panggilan daripada app pada Mac anda
Dalam app FaceTime pada Mac anda, daftar masuk dan pastikan FaceTime diaktifkan.
Sediakan iPhone dan Mac anda untuk panggilan telefon, jika anda belum berbuat demikian.
Bergantung pada app macOS yang anda mahu gunakan untuk panggilan telefon anda, lakukan salah satu daripada yang berikut:
FaceTime: Masukkan nombor telefon dalam medan di bahagian atas tetingkap FaceTime (anda mungkin perlu menekan Return), kemudian klik butang Audio (atau gunakan Touch Bar). Anda juga boleh klik Audio untuk melihat panggilan telefon anda yang lalu.
Jika anda menyediakan panggilan telefon RTT, anda boleh memilih untuk membuat panggilan RTT.
Kenalan: Pilih kenalan, gerakkan penuding anda ke atas nombor telefon, kemudian klik butang Telefon .
Jika anda menyediakan panggilan telefon RTT, anda boleh memilih untuk membuat panggilan RTT.
Safari: Klik nombor telefon pada halaman web, kemudian klik Panggil.
Mail: Letakkan penuding ke nombor telefon dalam e-mel, klik menu timbul , kemudian pilih bagaimana anda mahu membuat panggilan.
Peta: Klik tempat menarik, kemudian klik butang Panggil .
Spotlight: Masukkan nama kenalan atau tempat dalam medan carian Spotlight, kemudian klik cadangan carian untuk melihat dalam Spotlight. Klik butang Telefon .
Kalendar: Buka peristiwa, cari nombor telefon biru bergaris bawah dalam butiran peristiwa, klik nombor, kemudian klik Panggil.
Peringatan: Buka senarai peringatan, kemudian klik nombor telefon biru bergaris bawah, kemudian klik Panggil.
Cari: Buka senarai Orang, kemudian pilih nama. Klik butang Info , klik Kenalan, kemudian klik butang telefon FaceTime .
Nota: Jika anda dihadkan kepada panggilan dengan orang tertentu sahaja, ikon jam pasir muncul di sebelah orang yang anda tidak boleh panggil.
Jawab panggilan pada Mac anda
Pada Mac anda, apabila pemberitahuan muncul di penjuru kanan atas skrin, lakukan satu daripada berikut dalam pemberitahuan:
Terima panggilan masuk: Klik Terima.
Jika orang yang memanggil anda menyediakan RTT untuk panggilan dan anda mahu menjawabnya dengan cara itu, klik RTT.
Tolak panggilan: Klik Tolak.
Petua: Jika panggilan diterima daripada seseorang yang anda tidak mahu terima panggilannya, anda boleh sekat pemanggil.
Tolak panggilan dan hantar mesej menggunakan iMessage: Klik bersebelahan Tolak, pilih Balas dengan Mesej, taip mesej anda, kemudian klik Hantar. Kedua-dua anda dan pemanggil mestilah didaftarkan masuk ke iMessage.
Tolak panggilan dan setkan peringatan untuk panggilan balik kemudian: Klik bersebelahan Tolak, kemudian pilih berapa lama anda mahu menunggu untuk menerima peringatan. Apabila tiba masanya, anda akan menerima pemberitahuan—kliknya untuk melihat peringatan, kemudian klik pautan dalam peringatan untuk memulakan panggilan.
Jika Mac anda mempunyai Touch Bar, anda boleh gunakannya untuk menerima atau menolak panggilan, menolak dan menghantar mesej, atau menolak dan setkan peringatan.
Anda tidak boleh menerima panggilan daripada seseorang yang dihadkan oleh had komunikasi dalam Masa Skrin, tetapi ia muncul sebagai panggilan tak dijawab dalam tetingkap FaceTime atau dalam Pusat Pemberitahuan.