Buat dan terima panggilan telefon pada Mac anda
Apabila anda ingin membuat atau menerima panggilan telefon, anda tidak perlu mencapai iPhone anda—anda boleh gunakan Mac anda. Apabila seseorang memanggil anda, pemberitahuan muncul pada Mac anda dan anda boleh menjawab panggilan itu.
Anda boleh mulakan panggilan telefon pada Mac anda dari FaceTime, Kenalan, Safari, Mail, Peta, Spotlight dan banyak app lain.
Nota: Panggilan telefon yang anda buat dan terima pada Mac anda menggunakan minit selular—bayaran selular mungkin dikenakan.
Keperluan
Untuk membuat dan menerima panggilan telefon pada Mac anda, pastikan yang berikut:
iPhone anda mempunyai iOS 8 atau lebih baru dipasang. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Kemas kini perisian iOS pada iPhone, iPad, atau iPod touch anda.
Mac dan iPhone anda berada pada rangkaian Wi-Fi yang sama. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Bersambung ke Internet menggunakan Wi-Fi.
Mac dan iPhone anda didaftar masuk ke iCloud dan FaceTime menggunakan Apple ID tunggal. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Sediakan iCloud pada Mac anda, Daftar masuk atau keluar dari FaceTime dan artikel Sokongan Apple Gunakan Kesinambungan untuk menyambungkan Mac, iPhone, iPad, iPod touch dan Apple Watch anda.
Mac dan iPhone anda mempunyai panggilan Wi-Fi diaktifkan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat langkah di bawah.
Sediakan iPhone anda
iOS 9 atau lebih baru: Pergi ke Seting > Telefon. Pilihan berlainan muncul bergantung kepada pembawa anda.
Jika anda nampak panggilan Wi-Fi, ketiknya, kemudian aktifkan Panggilan Wi-Fi untuk iPhone Ini.
Selepas anda mengaktifkan Panggilan Wi-Fi, anda mungkin lihat butang Tambah Panggilan Wi-Fi Untuk Peranti Lain. Ketiknya untuk membenarkan panggilan menggunakan peranti anda yang lain yang tidak berada dalam rangkaian Wi-Fi yang sama seperti iPhone anda, atau jika telefon anda tidak aktif. Jika tidak, anda masih boleh gunakan Mac anda untuk buat panggilan telefon, tetapi iPhone anda mesti diaktifkan dan berada dalam rangkaian Wi-Fi yang sama seperti Mac anda.
Nota: Hanya pembawa telefon tertentu menyokong panggilan Wi-Fi bagi peranti yang tidak berada dalam rangkaian Wi-Fi yang sama dengan iPhone anda. Untuk maklumat, lihat artikel Sokongan Apple Buat panggilan dengan Panggilan Wi-Fi. Anda juga perlukan iPhone 5s, iPhone 5c, atau lebih baru.
Jika anda lihat Panggilan pada Peranti Lain, ketiknya, kemudian akitfkannya.
Pilihan ini membenarkan panggilan menggunakan peranti anda yang lain yang berada dalam rangkaian Wi-Fi yang sama seperti iPhone anda.
iOS 8: Pergi ke Seting > FaceTime, kemudian aktifkan Panggilan Selular iPhone.
Aktifkan atau nyahaktifkan panggilan Wi-Fi pada Mac anda
Jika anda mengaktifkan panggilan Wi-Fi pada iPhone anda, apabila anda membuka FaceTime pada Mac, anda mungkin diminta mengaktifkan panggilan Wi-Fi pada Mac anda. Jika anda tidak ditanya, lakukan yang berikut.
Buka FaceTime, kemudian pilih FaceTime > Keutamaan.
Pilih “Panggilan daripada iPhone.”
Jika anda tidak melihat pilihan ini, pastikan Mac anda memenuhi semua keperluan di atas, kemudian buka keutamaan FaceTime semula.
Jika butang Naik Taraf kepada Panggilan Wi-Fi muncul, klik ia, kemudian ikut arahan pada skrin.
Butang ini muncul jika pembawa anda menyokong panggilan Wi-Fi apabila iPhone anda dinyahaktifkan atau berada pada rangkaian Wi-Fi berlainan.
Untuk menyahaktifkan panggilan telefon, nyahpilih "Panggilan daripada iPhone."
Klik Kemas Kini Alamat Kecemasan untuk memasukkan atau mengesahkan alamat anda untuk perkhidmatan kecemasan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Buat panggilan dengan Panggilan Wi-Fi.
Buat panggilan
Sebelum anda boleh membuat panggilan daripada Mac, anda mestilah didaftarkan masuk ke FaceTime dan mengaktifkannya.
Daripada FaceTime: Masukkan nombor telefon dalam medan carian, kemudian klik butang Audio (atau gunakan Touch Bar). Anda juga boleh klik Audio untuk melihat panggilan telefon anda yang lalu.
Dari Kenalan: Pilih kenalan, gerakkan penuding anda ke atas nombor telefon, kemudian klik butang Telefon .
Dari Safari: Klik nombor telefon pada halaman web, kemudian klik Panggil.
Dari Mail: Letakkan penuding ke nombor telefon dalam e-mel, klik menu timbul , kemudian pilih bagaimana anda mahu membuat panggilan.
Dari Peta: Klik tempat menarik, klik butang Info , kemudian klik Panggil.
Dari Spotlight: Masukkan nama kenalan atau tempat dalam medan carian Spotlight, kemudian pilih hasil carian sepadan. Gerakkan penuding ke atas nombor telefon, kemudian klik butang Telefon .
Daripada Kalendar: Buka peristiwa, cari nombor telefon biru digariskan di butiran peristiwa, kemudian klik nombor itu.
Daripada Peringatan: Buka senarai peringatan, kemudian klik nombor telefon biru bergaris bawah. Atau, alihkan penuding ke atas peringatan, klik butang Info , cari nombor telefon dalam nota, kemudian klik nombor itu.
Jawab panggilan
Terima panggilan masuk: Klik Terima.
Hantar mesej teks menggunakan iMessage: Klik bersebelahan Tolak, kemudian pilih Balas dengan Mesej.
Nota: Pilihan ini hanya muncul apabila kedua-dua anda dan pemanggil didaftarkan masuk ke iMessage.
Cipta peringatan untuk memanggil orang itu kembali: Klik bersebelahan Tolak, kemudian pilih Ingatkan Saya.
Jika Mac anda mempunyai Touch Bar, anda boleh gunakannya untuk menerima atau menolak panggilan, menolak dan menghantar mesej, atau menolak dan setkan peringatan.
Uruskan panggilan
Semasa anda menjawab panggilan telefon pada Mac anda, terdapat beberapa cara tambahan untuk menguruskan panggilan itu:
Tukar ke panggilan video FaceTime: Klik Video (atau gunakan Touch Bar).
Gunakan panggilan menunggu: Jika anda sedang dalam panggilan dan pemberitahuan panggilan telefon baru muncul, klik Tahan & Terima. Klik untuk bertukar antara panggilan.
Mulakan panggilan persidangan apabila anda mempunyai panggilan lain ditahan: Apabila anda sedang menjawab panggilan telefon dan mempunyai panggilan lain ditahan, klik Gabung.
Pindah panggilan ke iPhone anda: Apabila Mac anda berdekatan iPhone anda, ketik ikon Handoff yang muncul di penjuru kiri bawah skrin Kunci iPhone anda.
Bergantung kepada bagaimana anda sediakan panggilan Wi-Fi, sepanduk “Sentuh untuk kembali ke panggilan" mungkin muncul di atas skrin pada iPhone anda apabila dibuka kunci. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk Kesinambungan pada iPhone, iPad, iPod touch dan Mac.
Petua: Jika anda sedang menjawab panggilan dan perlu membalas gesaan dalam sistem telefon automatik, klik pemberitahuan panggilan telefon di penjuru kanan atas desktop anda dan gunakan nombor pada papan kekunci anda untuk membalas.