Daftar masuk atau keluar daripada FaceTime pada Mac
Sebelum anda boleh membuat atau menerima panggilan FaceTime atau panggilan telefon pada Mac, anda perlu mendaftar masuk ke FaceTime menggunakan Apple ID anda dan mengaktifkan FaceTime.
Apabila anda mendaftar keluar daripada FaceTime, anda tidak boleh menerima panggilan FaceTime atau panggilan telefon sehingga anda mendaftar masuk semula. Jika anda mahu kekal didaftarkan masuk ke FaceTime tetapi berhenti menerima panggilan, anda boleh menyahaktifkan FaceTime.
Untuk mendapatkan maklumat tentang keperluan sistem untuk menggunakan FaceTime, lihat Keperluan FaceTime.
Daftar masuk ke FaceTime
Dalam app FaceTime pada Mac anda, masukkan Apple ID dan kata laluan anda.
Klik Daftar Masuk. FaceTime aktif secara automatik.
Jika anda terlupa Apple ID atau kata laluan anda, atau jika anda perlu mencipta Apple ID, pergi ke tapak web akaun Apple ID.
Pastikan untuk mendaftar masuk menggunakan Apple ID yang sama pada setiap peranti. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Kesinambungan untuk menyambungkan Mac, iPhone, iPad, iPod touch dan Apple Watch anda.
Daftar keluar daripada FaceTime
Dalam app FaceTime pada Mac anda, pilih FaceTime > Keutamaan, kemudian klik Seting.
Klik Daftar Keluar.
Nyahaktifkan atau aktifkan FaceTime
Dalam app FaceTime pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Nyahaktifkan FaceTime: Pilih FaceTime > Nyahaktifkan FaceTime.
Jika sesorang memanggil, anda tidak menerima pemberitahuan untuk panggilan; bagi pemanggil, ia kelihatan seperti anda tidak menjawab.
Nota: Daripada menyahaktifkan FaceTime, anda boleh mengaktifkan Jangan Ganggu di Pusat Pemberitahuan, yang akan menghalang pemberitahuan daripada mengganggu anda. Lihat Terima, jeda, atau hentikan pemberitahuan.
Aktifkan FaceTime: Pilih FaceTime > Aktifkan FaceTime.
Nota: Untuk menyekat semua panggilan FaceTime atau telefon, nyahaktifkan FaceTime atau daftar keluar daripada FaceTime pada setiap peranti. (Anda juga boleh menyekat pemanggil individu. Orang yang berada dalam senarai disekat anda disekat pada semua peranti anda yang didaftarkan masuk ke FaceTime dan iCloud menggunakan Apple ID yang sama.)