Bermula dengan FaceTime pada Mac
Dengan FaceTime, anda boleh membuat panggilan video, audio dan kumpulan terus daripada Mac anda. Begini caranya untuk bermula.
Daftar masuk ke FaceTime
Sebelum anda boleh membuat dan menerima panggilan audio atau video menggunakan sambungan internet, anda perlu mendaftar masuk ke FaceTime. Masukkan Apple ID dan kata laluan anda dalam tetingkap FaceTime, kemudian klik Seterusnya.
Buat panggilan
Apabila anda mahu memulakan panggilan, klik butang FaceTime Baharu. Untuk memilih orang untuk dipanggil, masukkan nombor telefon, alamat e-mel atau nama daripada senarai Kenalan anda. Untuk membuat panggilan video FaceTime, klik butang FaceTime. Untuk membuat panggilan audio FaceTime, klik anak panah bawah bersebelahan butang FaceTime, kemudian pilih Audio FaceTime.
Terima atau tolak panggilan
Apabila anda menerima panggilan FaceTime, anda boleh menerima atau menolak panggilan terus, atau membuka menu dengan lebih banyak pilihan. Untuk menerima panggilan, klik Jawab. Untuk menjawab panggilan video FaceTime tanpa mengaktifkan kamera anda, klik anak panah bawah bersebelahan Jawab dan pilih Jawab sebagai Audio. Jika anda tidak boleh menjawab panggilan, anda boleh klik Tolak. Sebaliknya, untuk menghantar mesej kepada pemanggil, atau mengesetkan peringatan untuk memanggil mereka kemudian, klik anak panah bawah bersebelahan Tolak dan pilih pilihan.
Tambah orang ke panggilan FaceTime
Sehingga 32 orang boleh menyertai anda dalam panggilan FaceTime Kumpulan. Untuk menambahkan orang ke panggilan video FaceTime, klik butang Bar Sisi , kemudian klik butang tambah bersebelahan Tambah Orang. Untuk menambahkan orang ke panggilan audio FaceTime, klik butang Audio dalam bar menu, klik anak panah dalam tetingkap yang kelihatan, kemudian klik Tambah.