Gunakan Tindihan Pembentang semasa persidangan video
Dengan macOS Sonoma, anda boleh menggunakan Tindihan Pembentang dalam FaceTime, supaya peserta melihat anda dan skrin yang anda kongsikan pada masa yang sama. Tindihan kecil menempatkan muka anda dalam gelembung boleh gerak, jadi ia mudah dilihat semasa menunjukkan kerja anda. Tindihan besar membingkaikan skrin dikongsi anda di sebelah anda sementara anda kekal menonjol, jadi anda boleh berjalan, bercakap dan bergerak di hadapannya.
Anda juga boleh menggunakan Tindihan Pembentang dengan app persidangan video lain, seperti Zoom. Tindihan Pembentang kelihatan dalam menu Video semasa menggunakan app serasi; jika ia tidak kelihatan, ia tidak tersedia untuk app tersebut. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menggunakan Tindihan Pembentang dengan app pihak ketiga, baca arahan pembangun atau terokai menu dan seting app.
Nota: Latar belakang maya tersedia dalam sesetengah app persidangan video pihak ketiga. Apabila Tindihan Pembentang diaktifkan, latar belakang maya tidak dipaparkan—sebaliknya latar belakang anda yang sebenar ditunjukkan.
Klik butang Video dalam bar menu.
Pilih saiz Tindihan Pembentang. Apabila anda berkongsi skrin anda, tindihan kelihatan serta-merta.
Petua: Semasa menggunakan Tindihan Pembentang, anda juga boleh mengaktifkan kesan video seperti Cahaya Studio, Bingkai Dipusatkan atau reaksi.
Untuk berhenti menggunakan Tindihan Pembentang, klik butang Video dalam bar menu, kemudian klik Tak Aktif dalam bahagian Tindihan Pembentang