Sekat pemanggil dalam FaceTime pada Mac
Jika anda tidak mahu menerima panggilan FaceTime pada Mac anda daripada orang tertentu, anda boleh menyekat mereka. Kemudian, jika mereka menelefon, anda tidak diberitahu dan panggilan tidak dijawab. Anda boleh memanggil pemanggil yang anda telah sekat tanpa menyahsekat mereka.
Penting: Jika anda menyekat pemanggil pada Mac anda, pemanggil disekat pada semua peranti anda yang anda mendaftar masuk menggunakan Apple ID yang sama. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Kesinambungan untuk menyambungkan Mac, iPhone, iPad, iPod touch dan Apple Watch anda.
Dalam app FaceTime pada Mac anda, pilih FaceTime > Keutamaan, kemudian klik Disekat.
Klik butang Tambah , kemudian pilih nama dalam senarai kenalan.
Petua: Anda juga boleh menggunakan senarai panggilan untuk menyekat pemanggil. Control-klik kenalan dalam senarai, kemudian klik Sekat Pemanggil Ini.
Untuk menyahsekat pemanggil, pilih nama, kemudian klik butang Keluarkan .
Nota: Untuk menyekat semua panggilan FaceTime atau telefon, nyahaktifkan FaceTime atau daftar keluar daripada FaceTime pada setiap peranti. Lihat Daftar masuk atau keluar daripada FaceTime.