Buat dan terima panggilan video FaceTime pada Mac
Dengan panggilan video FaceTime, orang boleh melihat dan bercakap dengan satu sama lain, menggunakan peranti Apple yang memenuhi keperluan ini. Panggilan video FaceTime menggunakan sambungan Wi-Fi Mac anda.
Buat panggilan video FaceTime
Dalam app FaceTime pada Mac anda, klik FaceTime Baharu.
Dalam tetingkap FaceTime Baharu, masukkan alamat e-mel atau nombor telefon orang yang anda mahu panggil. Anda mungkin perlu menekan Return.
Petua: Jika orang dalam Kenalan, anda boleh memasukkan nama mereka, atau memilih mereka daripada Dicadangkan. Anda juga boleh menambahkan kenalan daripada tetingkap FaceTime Baharu.
Klik FaceTime, atau gunakan Touch Bar.
Siri: Cakap sesuatu seperti: “FaceTime ibu.” Ketahui cara menggunakan Siri
Jawab panggilan video FaceTime
Apabila anda mendaftar masuk dan FaceTime diaktifkan, anda boleh menerima panggilan, walaupun FaceTime tidak dibuka. Lihat Keperluan panggilan audio dan video FaceTime.
Pada Mac anda, lakukan salah satu yang berikut apabila pemberitahuan muncul di penjuru kanan atas skrin:
Terima panggilan masuk: Klik Terima.
Terima panggilan video sebagai panggilan audio: Klik bersebelahan Terima, kemudian pilih Jawab sebagai Audio. Semasa anda dalam panggilan audio atau panggilan telefon, kamera dinyahaktifkan secara automatik.
Terima panggilan dan tamatkan panggilan semasa: Klik Tamat & Terima.
Tolak panggilan: Klik Tolak.
Anda juga boleh mengklik bersebelahan Tolak untuk menghantar mesej teks atau mencipta peringatan.
Petua: Jika panggilan diterima daripada seseorang yang anda tidak mahu terima panggilannya, anda boleh sekat pemanggil.
Selepas anda berada dalam panggilan, anda boleh menambahkan lebih ramai orang atau berkongsi pautan kepadanya.
Tolak panggilan video FaceTime
Apabila anda mendaftar masuk dan FaceTime diaktifkan, anda boleh menolak panggilan, walaupun FaceTime tidak dibuka. Lihat Keperluan panggilan audio dan video FaceTime.
Pada Mac anda, lakukan salah satu yang berikut apabila pemberitahuan muncul di penjuru kanan atas skrin:
Tolak panggilan: Klik Tolak.
Pemanggil melihat yang anda tidak tersedia untuk panggilan.
Petua: Jika panggilan diterima daripada seseorang yang anda tidak mahu terima panggilannya, anda boleh sekat pemanggil.
Tolak panggilan dan hantar mesej menggunakan iMessage: Klik bersebelahan Tolak, pilih Balas dengan Mesej, taip mesej anda, kemudian klik Hantar. Kedua-dua anda dan pemanggil mestilah didaftarkan masuk ke iMessage.
Tolak panggilan dan setkan peringatan untuk panggilan balik kemudian: Klik bersebelahan Tolak, kemudian pilih berapa lama anda mahu menunggu untuk menerima peringatan. Apabila tiba masanya, anda akan menerima pemberitahuan—kliknya untuk melihat peringatan, kemudian klik pautan dalam peringatan untuk memulakan panggilan.
Tamatkan panggilan video FaceTime
Untuk menamatkan panggilan, alihkan penuding ke atas tetingkap panggilan, kemudian klik butang Tinggalkan Panggilan (atau gunakan Touch Bar).