Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tukar nada dering FaceTime pada Mac
Anda boleh mengesetkan nada dering lalai untuk semua panggilan FaceTime masuk pada Mac anda.
Dalam app FaceTime pada Mac anda, pilih FaceTime > Keutamaan, kemudian klik Seting.
Klik menu timbul Nada Dering, kemudian pilih nada dering baru.
Apabila anda memilih nada dering atau nada teks baru, pratontonnya bermain kecuali Mac anda disenyapkan.
Untuk menukar nada dering atau nada teks untuk pemanggil khusus, edit kad kenalan pemanggil dalam Kenalan. Lihat Kemas kini maklumat kenalan dalam Kenalan pada Mac.