Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Set nada dering
Anda boleh setkan nada dering lalai untuk semua panggilan audio dan video FaceTime dan panggilan telefon masuk pada Mac anda dan tukar nada dering atau nada teks bagi pemanggil individu.
Ubah nada dering lalai: Pilih FaceTime > Keutamaan, klik Seting, klik menu timbul Nada Dering, kemudian pilih nada dering baru.
Tukar nada dering atau nada teks untuk pemanggil: Edit kad kenalan pemanggil dalam Kenalan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Buat perubahan pada kenalan anda.
Apabila anda memilih nada dering atau nada teks baru, pratontonnya bermain kecuali Mac anda disenyapkan.