Pengenalan kepada Utiliti Cakera pada Mac
Anda boleh menggunakan Utiliti Cakera pada Mac anda untuk mengurus peranti storan dalaman dan luaran. Menggunakan Utiliti Cakera, anda boleh:
Format dan uruskan volum pada peranti storan fizikal.
Cipta imej cakera, fail tunggal yang anda boleh gunakan untuk memindahkan fail daripada satu komputer kepada yang lain atau untuk menyandarkan dan mengarkib kerja anda.
Gabungkan berbilang cakera keras ke dalam set RAID yang bertindak sebagai cakera tunggal. Menggunakan cakera keras dalam set RAID meningkatkan prestasi, kebolehpercayaan dan kapasiti storan sistem storan data anda, bergantung pada jenis set yang anda pilih.
Semak dan baiki ralat pada cakera dan volum anda.
Buka Utiliti Cakera untuk saya
Pada Mac anda, gunakan satu daripada kaedah berikut untuk membuka Utiliti Cakera:
Gunakan Launchpad: Klik Launchpad dalam Dock, taipkan Utiliti Cakera dalam medan carian, kemudian klik ikon Utiliti Cakera .
Gunakan Finder: Dalam Finder , pilih Pergi > Utiliti, kemudian klik ikon Utiliti Cakera . (Utiliti Cakera terletak dalam folder /Aplikasi/Utiliti.)
Buka Utiliti Cakera dalam Pemulihan macOS: Mulakan Mac anda dalam Pemulihan macOS, pilih Utiliti Cakera dalam tetingkap app Pemulihan, kemudian klik Teruskan. Lihat Pengenalan kepada Pemulihan macOS.
Gunakan Utiliti Cakera dalam Pemulihan macOS apabila anda perlu memadamkan peranti storan dalaman anda sepenuhnya dan memasang semula macOS.
Nota: Jika anda mahu menyediakan Mac anda untuk menukar, menjual, atau memberikan komputer anda dan komputer anda ialah Mac dengan Apple silicon atau Mac berasaskan Intel dengan Cip Keselamatan T2 Apple, gunakan Pembantu Padam. Lihat Padam Mac anda.