Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Lekapkan volum yang telah dikeluarkan menggunakan Utiliti Cakera pada Mac
Jika anda mengeluarkan volum, anda boleh menggunakan Utiliti Cakera untuk melekapkan volum supaya ia tersedia dalam Finder.
Buka Utiliti Cakera untuk saya
Dalam app Utiliti Cakera pada Mac anda, pilih volum yang anda mahu lekapkan.
Klik butang Lekap .
Anda juga boleh membuat volum luaran tersedia dengan memutuskan peranti luaran itu daripada Mac anda, kemudian sambungkannya semula.