Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tukar cara kenalan diisih dalam Kenalan pada Mac
Anda boleh mengisih kenalan dalam senarai kenalan mengikut nama pertama atau akhir.
Dalam app Kenalan pada Mac anda, pilih Kenalan > Seting, kemudian klik Umum.
Klik menu timbul Isih Mengikut untuk mengisih kenalan dalam tertib abjad mengikut nama pertama atau terakhir.
Petua: Anda boleh menggunakan medan Nama Pertama/Akhir Fonetik dan Syarikat Fonetik pada kad untuk mengisih nama secara fonetik. Sebagai contoh, jika anda menggunakan Bahasa Inggeris pada komputer anda dan masukkan nama dalam aksara Bahasa Jepun dengan ejaan fonetik Bahasa Inggeris, nama muncul dalam senarai dalam aksara asalnya tetapi disusun mengikut abjad dengan ejaan fonetiknya.