Jika anda tidak menerima isyarat kalendar pada Mac
Jika anda nampak isyarat berlaku sebelum peristiwa kalendar, tetapi tidak menerima isyarat dalam Pusat Pemberitahuan, terdapat beberapa kemungkinan penyelesaian.
Pastikan isyarat tidak dinyahaktifkan dalam seting Kalendar. Pergi ke app Kalendar pada Mac anda, pilih Kalendar > Seting, klik Isyarat, kemudian pilih “Tunjukkan mesej kalendar yang dikongsi dalam Pusat Pemberitahuan” dan “Tunjukkan mesej jemputan dalam Pusat Pemberitahuan”.
Pastikan isyarat tidak dinyahaktifkan dalam seting Pemberitahuan. Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Pemberitahuan dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah). Pergi ke Pemberitahuan App, klik Kalendar, kemudian pilih Sepanduk atau Isyarat sebagai gaya isyarat.
Pastikan Fokus tidak aktif apabila anda mahu menerima isyarat. Lihat Aktifkan atau nyahaktifkan Fokus.
Pastikan masa isyarat peristiwa disetkan dengan betul. Pilih Kalendar > Seting, klik Isyarat, kemudian pilih masa isyarat selain daripada Tiada untuk Peristiwa, Peristiwa Seharian atau Hari Lahir.
Pastikan anda menyediakan isyarat dengan betul. Lihat Setkan isyarat untuk peristiwa.
Jika isyarat disetkan untuk menghantar e-mel, pastikan alamat e-mel anda betul dalam kad anda dalam Kenalan. Lihat Edit maklumat kenalan.