Pintasan papan kekunci dalam Kalendar pada Mac
Dalam app Kalendar pada Mac, anda boleh menyelesaikan banyak tugas dengan cepat menggunakan pintasan papan kekunci. Lihat pintasan di bawah, serta dalam menu Kalendar di bar menu. Dalam menu app, pintasan papan kekunci diwakili oleh simbol.
Nota: Pintasan papan kekunci dalam app mungkin berbeza bergantung pada bahasa dan tataletak papan kekunci yang anda gunakan pada Mac anda. Jika pintasan di bawah tidak berfungsi seperti yang anda jangkakan, cari dalam menu app dalam bar menu untuk melihat pintasan yang betul. Anda juga boleh menggunakan Pemapar Papan Kekunci untuk melihat tataletak papan kekunci semasa anda, yang dikenali sebagai sumber input.
Pintasan kalendar
Tindakan | Pintasan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pergi ke hari, minggu, bulan, atau tahun seterusnya | Command–Anak Panah Kanan | ||||||||||
Pergi ke hari, minggu, bulan, atau tahun sebelumnya | Command–Anak Panah Kiri | ||||||||||
Pergi ke tarikh hari ini | Command-T | ||||||||||
Pergi ke tarikh khusus | Shift-Command-T | ||||||||||
Bertukar kepada paparan Hari | Command-1 | ||||||||||
Bertukar kepada paparan Minggu | Command-2 | ||||||||||
Bertukar kepada paparan Bulan | Command-3 | ||||||||||
Bertukar kepada paparan Tahun | Command-4 | ||||||||||
Bertukar kepada paparan skrin penuh | Control-Command-F | ||||||||||
Keluar paparan skrin penuh | Lepasan | ||||||||||
Jadikan teks lebih besar | Command-Tanda Tambah (+) | ||||||||||
Jadikan teks lebih kecil | Command-Tanda Tolak (–) | ||||||||||
Segar semula semua kalendar | Command-R | ||||||||||
Pilih atau nyahpilih kotak semak di sebelah kalendar terpilih | Bar Space (dengan senarai Kalendar terbuka) | ||||||||||
Pilih atau nyahpilih semua kotak semak di sebelah kalendar dalam senarai Kalendar | Command-klik mana-mana kotak semak kalendar | ||||||||||
Pilih kotak semak bersebelahan kalendar dipilih dan nyahpilih semua kotak semak yang lain | Option-Command-klik mana-mana kotak semak kalendar | ||||||||||
Tambah kumpulan kalendar baharu | Shift-Command-N | ||||||||||
Tambah kalendar baharu yang dilanggan | Option-Command-S | ||||||||||
Cetak kalendar hari, minggu, bulan, atau tahun | Command-P |
Pintasan peristiwa
Tindakan | Pintasan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tambah peristiwa baharu | Command-N | ||||||||||
Edit peristiwa yang dipilih | Command-E | ||||||||||
Edit peristiwa dipilih dalam tetingkap pemeriksa | Option-Command-I | ||||||||||
Pergi ke medan seterusnya | Tab (semasa peristiwa dibuka) | ||||||||||
Pergi ke medan sebelumnya | Shift-Tab (semasa peristiwa dibuka) | ||||||||||
Tutup editor peristiwa | Return atau Escape (semasa peristiwa dibuka) | ||||||||||
Pilih peristiwa seterusnya | Tab | ||||||||||
Pilih peristiwa sebelumnya | Shift-Tab | ||||||||||
Pilih peristiwa seterusnya atau sebelumnya | Kekunci anak panah | ||||||||||
Cari peristiwa | Command-F | ||||||||||
Alihkan peristiwa ke kalendar lain | Control-klik peristiwa, kemudian pilih kalendar dari menu pintasan | ||||||||||
Alih peristiwa yang dipilih 15 minit lebih awal (dalam paparan Hari atau Minggu); alih peristiwa yang dipilih satu minggu lebih awal (dalam paparan Bulan). | Control-Option–Anak Panah Atas | ||||||||||
Alih peristiwa yang dipilih 15 minit lebih lewat (dalam paparan Hari atau Minggu); alih peristiwa yang dipilih satu minggu lebih lewat (dalam paparan Bulan). | Control-Option–Anak Panah Bawah | ||||||||||
Alih peristiwa yang dipilih sehari kemudian (dalam paparan Minggu atau Bulan); alih peristwa yang dipilih seminggu kemudian (dalam paparan Bulan). | Control-Option–Anak Panah Kanan | ||||||||||
Alih peristiwa yang dipilih sehari lebih awal (dalam paparan Minggu atau Bulan); alih peristwa yang dipilih seminggu lebih awal (dalam paparan Bulan). | Control-Option–Anak Panah Kiri | ||||||||||
Tunjukkan maklumat untuk kalendar atau peristiwa | Command-I | ||||||||||
Cetak peristiwa yang dipilih atau peristiwa dalam julat masa | Command-P | ||||||||||
Tunjukkan atau sembunyi panel Ketersediaan | Shift-Command-A | ||||||||||
Buka keutamaan Kalendar | Command-koma |