Panduan Pengguna Kalkulator
untuk macOS Sonoma
Gunakan Kalkulator untuk menjalankan pengiraan asas, lanjutan atau pengaturcara. Jika Mac anda mempunyai Touch Bar, anda boleh melakukan pengiraan cepat dengan mudah—tanpa perlu menggerakkan penuding.
Petua: Untuk ketahui fungsi kekunci, tahan penuding itu ke atas kekunci untuk melihat tag bantuannya.
Tukar kalkulator
Dalam app Kalkulator pada Mac anda, pilih pilihan daripada menu Paparan:
Asas: Laksanakan operasi aritmetik mudah.
Saintifik: Gunakan fungsi memori dan laksanakan pengiraan lebih maju melibatkan pecahan, kuasa, root, eksponen, logaritma, trigonometri dan banyak lagi.
Pengaturcara: Laksanakan pengiraan binari, perlapanan, desimal dan perenambelasan, termasuk operasi ikut bit. Anda juga boleh melihat ASCII dan aksara Unicode diwakili oleh nilai semasa.
Petua: Anda juga boleh melaksanakan pengiraan—dan merencanakannya—dalam Spotlight pada Mac. Lihat Cari dengan Spotlight.
Tukar nilai
Dalam app Kalkulator pada Mac anda, masukkan nilai asal, pilih Tukar dalam bar menu, kemudian pilih kategori, seperti Suhu atau Mata Wang.
Nota: Anda mesti bersambung ke internet untuk mendapatkan kadar penukaran mata wang yang terbaharu.
Hasil yang dibundarkan
Dalam app Kalkulator pada Mac anda, pilih Paparan > Tempat Perpuluhan, kemudian pilih bilangan tempat perpuluhan untuk dipaparkan. Kalkulator menyimpan nilai penuh dan memaparkan nilai yang dibundarkan. Jika nilai yang dipaparkan menunjukkan titik perpuluhan yang kurang daripada yang anda tentukan, titik perpuluhan yang tidak dipaparkan adalah sifar.
Masukkan persamaan kompleks menggunakan Tatatanda Polska Songsang (RPN)
Dalam app Kalkulator pada Mac anda, pilih Paparan > Mod RPN.
Tindanan dipaparkan dalam paparan Kalkulator, kekunci Tanda Sama (=) menjadi kekunci Enter dan empat kekunci muncul untuk mengendalikan nombor pada tindanan.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Saling tukar dua nombor bawah pada tindanan: Klik kekunci Pendaftar Exchange .
Alihkan nombor yang terkini dimasukkan ke atas atau ke bawah pada tindanan: Klik kekunci Gulung Atas atau kekunci Gulung Bawah .
Keluarkan nombor yang di bawah daripada tindanan: Klik kekunci Gugur.
Tunjukkan titik perpuluhan
Jika hasil anda tidak mengandungi titik perpuluhan, hasil mungkin tidak setepat yang sepatutnya. Ini boleh berlaku kerana kalkulator pengaturcara memangkas semua digit selepas titik perpuluhan. (Sebagai contoh, jika anda memasukkan 99 / 10=, hasilnya ialah 9.) Bilangan tempat perpuluhan juga mungkin disetkan tidak betul dan kalkulator membundarkan hasil. (Sebagai contoh, jika titik perpuluhan disetkan kepada sifar dan anda memasukkan 99 / 10=, hasilnya ialah 10.)
Untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat, lakukan mana-mana daripada berikut dalam app Kalkulator pada Mac anda:
Pilih Paparan > Asas atau Paparan > Saintifik.
Pilih Paparan > Tempat Perpuluhan (dalam mana-mana kalkulator).
Betulkan hasil yang tidak dijangka
Dalam app Kalkulator pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Ulang pengiraan dan ingat yang Kalkulator menggunakan asas jujukan operasi untuk menilai ungkapan. Sebagai contoh, operasi pendaraban diselesaikan sebelum penambahan dan penolakan.
Jika kalkulator pengaturcara memaparkan nombor dalam format yang tidak dijangka, tukar kepada format perlapanan, perpuluhan, atau perenambelasan: klik kekunci 8, 10, atau 16 masing-masing, di bawah paparan kalkulator. Atau gunakan kalkulator asas atau saintifik.
Jika anda tidak pasti anda telah masukkan pengiraan dengan betul, gunakan Pita Kertas (pilih Tetingkap > Tunjukkan Pita Kertas) untuk menyemak semula apa yang anda telah masukkan.
Jika anda suka papar pemisah koma, pilih Paparan > Tunjukkan Pemisah Ribu untuk papar koma dalam nombor yang lebih besar.
Gunakan pintasan papan kekunci
Dalam app Kalkulator pada Mac, anda boleh menyelesaikan banyak tugas dengan cepat menggunakan pintasan papan kekunci. Lihat pintasan di bawah, serta dalam menu Kalkulator di bar menu. Dalam menu app, pintasan papan kekunci diwakili oleh simbol.
Pintasan berbeza berdasarkan pada jenis kalkulator yang anda gunakan.
Semua jenis kalkulator
Tindakan | Pintasan |
---|---|
Kosong | Esc Kekunci C |
Kosongkan Semua | Option-Esc |
Nafikan nilai dipaparkan | Option-Tanda Tolak (–) |
Peratus | Tanda Peratus (%) |
Bahagi | Garis Condong Depan (/) |
Darab | Asterisk (*) |
Tolak | Tanda Tolak (–) |
Tambah | Tanda Tambah (+) |
Bersamaan | Tanda Sama (=) |
Keluarkan nombor atau huruf yang terbaharu dimasukkan | Kekunci Delete |
Tunjukkan kalkulator Asas | Command-1 |
Tunjukkan kalkulator Saintifik | Command-2 |
Tunjukkan kalkulator Pengaturcara | Command-3 |
Kalkulator saintifik
Tindakan | Pintasan |
---|---|
Meningkatkan nilai dipaparkan kepada kuasa nilai dimasukkan seterusnya | Karet (^) |
Mengira logaritma asli bagi nilai dipaparkan | Kekunci E |
Mengira faktorial bagi nilai dipaparkan | Tanda Seru (!) |
Tatatanda eksponen | Shift-E |
Mod RPN
Tindakan | Pintasan |
---|---|
Aktifkan atau nyahaktifkan Mod RPN | Command-R |
Saling tukar dua nombor bawah pada tindanan | Command-E |
Alihkan nombor yang terkini dimasukkan ke atas pada tindanan | Command-Anak Panah Atas |
Alihkan nombor yang terkini dimasukkan ke bawah pada tindanan | Command-Anak Panah Bawah |
Keluarkan nombor yang di bawah daripada tindanan | Command-Delete |
Untuk menunjukkan senarai pengiraan anda yang sedang berjalan, pilih Tetingkap > Tunjukkan Pita Kertas.
Untuk melaksanakan pengiraan lanjutan melibatkan persamaan dan graf, gunakan app Grapher. Lihat Panduan Pengguna Grapher.