Beli di Kedai Buku dan Kedai Buku Audio dalam Buku pada Mac
Anda boleh mencari dalam Kedai Buku atau Kedai Buku Audio untuk sesuatu yang khusus, layari mengikut kategori atau memilih daripada senarai yang diuruskan oleh editor Apple Books. Buku juga memaparkan pengesyoran berdasarkan pilihan anda sebelumnya. Selepas anda menemui item yang anda mahu, anda boleh membeli atau pratempah item.
Nota: Anda mesti mendaftar masuk ke Kedai Buku atau Kedai Buku Audio untuk mendapatkan buku atau buku audio. Kedai Buku dan Kedai Buku Audio tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Cari buku atau buku audio
Dalam app Buku pada Mac anda, klik dalam medan carian.
Mulakan menaip dalam medan carian untuk melihat cadangan. Anda boleh cari mengikut tajuk, pengarang, genre atau penerbit.
Pilih cadangan, atau tekan Return untuk mencari perkara yang anda telah taip.
Untuk menapis hasil anda, pilih pilihan dalam menu “Tapis ikut”, atau klik Semua untuk melihat semua hasil.
Layari Kedai Buku dan Kedai Buku Audio
Dalam app Buku pada Mac anda, klik Kedai Buku atau Kedai Buku Audio dalam bar sisi.
Skrol ke bawah, atau klik Layari Bahagian di penjuru kanan atas.
Pilih bahagian kedai, seperti Untuk Anda atau Carta Teratas, atau pilih genre, seperti Sejarah atau Cinta.
Beli, muat turun, atau pratempah buku
Dalam app Buku pada Mac anda, klik Kedai Buku dalam bar sisi.
Cari atau pilih buku.
Klik harga buku atau butang Dapatkan.
Nota: Jika harga berlorek, buku belum lagi tersedia. Klik harga, kemudian klik Pratempah.
Untuk menyimpan buku untuk kemudian, klik Ingin Baca. Buku ditambah kepada koleksi Ingin Baca dalam pustaka anda.
Untuk mencuba buku dan membaca beberapa halaman, klik Sampel (jika tersedia). Sampel ditambah kepada koleksi Sampel Saya dalam pustaka anda.
Beli, muat turun, atau pratempah buku audio
Dalam app Buku pada Mac anda, klik Kedai Buku Audio dalam bar sisi.
Cari atau pilih buku audio.
Klik harga buku audio atau butang Dapatkan.
Nota: Jika harga berlorek, buku audio belum lagi tersedia. Klik harga, kemudian klik Pratempah.
Dengan kebanyakan buku audio, anda boleh klik Pratonton untuk mendengar petikan.
Untuk menyimpan buku audio untuk kemudian, klik Ingin Baca. Buku audio ditambah kepada koleksi Ingin Baca dalam pustaka anda.
Nota: Jika anda mempunyai persediaan Perkongsian Keluarga dan Minta untuk Beli disetkan untuk akaun anda, apabila anda klik untuk mendapatkan buku atau buku audio, pengelola Perkongsian Keluarga ditanya untuk meluluskan pembelian itu.