pemboleh ubah
Pemboleh ubah ialah bekas yang digunakan untuk menyimpan maklumat buat sementara waktu untuk digunakan apabila diperlukan. Pemboleh ubah boleh mengandungi semua jenis data, seperti teks, rujukan kepada fail atau senarai rujukan objek. Untuk mengeset pemboleh ubah dalam Automator, gunakan tindakan Setkan Nilai untuk Pemboleh Ubah untuk mengambil nilai daripada tindakan sebelumnya dan menyimpan nilai tersebut dalam pemboleh ubah. Tindakan berikutnya dalam aliran kerja selepas itu boleh menggunakan pemboleh ubah. Sesetengah pemboleh ubah dalam Automator adalah nilai pemalar dalam komputer atau seting anda yang boleh digunakan oleh tindakan, contohnya, Tarikh hari ini atau Nama saya.