Hantar mesej dengan Akses Bantu pada iPhone
Orang yang menggunakan Akses Bantu pada iPhone boleh menggunakan app Mesej untuk berkomunikasi dengan penyokong yang dipercayai, keluarga dan rakan menggunakan swafoto video, emoji atau teks.
Hantar mesej
Masuk Akses Bantu jika ia tidak aktif, kemudian buka app Mesej.
Jika app Mesej tiada pada Skrin Utama, anda boleh menambahkannya. Lihat Tambah, keluarkan dan sesuaikan app untuk Akses Bantu.
Untuk menghantar mesej, ketik kenalan, kemudian ketik Mesej Baharu.
Jika anda tidak melihat sebarang kenalan, pastikan kenalan telah ditambahkan ke senarai orang yang boleh dihantar mesej oleh orang yang menggunakan Akses Bantu. Lihat Sediakan Mesej untuk Akses Bantu.
Jika lebih daripada satu kaedah input tersedia, ketik kaedah yang anda mahu gunakan (Papan Kekunci, Swafoto Video atau Emoji).
Petua: Anda boleh meringkaskan Mesej dengan mengaktifkan hanya satu kaedah input (seperti Swafoto Video atau Emoji). Selepas orang yang menggunakan Akses Bantu memilih orang yang mereka mahu hantarkan mesej, mereka boleh mula mencipta mesej tanpa perlu memilih kaedah input dahulu.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Hantar swafoto video: Ketik Rakam, rakamkan mesej, ketik Henti, kemudian ketik Hantar.
Hantar mesej dengan emoji atau teks: Masukkan mesej, kemudian ketik Hantar.
Jika anda mengaktifkan Tunjukkan Lencana Pemberitahuan dalam Seting > Kebolehcapaian > Akses Bantu, apabila orang yang menggunakan Akses Bantu menerima mesej daripada kenalan yang dibenarkan, Skrin Kunci dan app Panggilan menunjukkan ikon pemberitahuan. Lihat Tukar seting Akses Bantu.
Pada sebarang skrin dalam Akses Bantu, orang yang menggunakan Akses Bantu sentiasa boleh mengetik Balik untuk kembali ke skrin sebelumnya.