Pengenalan kepada pengguna dan kumpulan pengguna dalam Apple Business Manager
Pengguna dalam Apple Business Manager boleh dicipta secara manual. Pengguna juga dicipta selepas anda:
Segerakkan dengan Google Workspace
Segerakkan dengan Microsoft Entra ID atau pembekal identiti (IdP) anda menggunakan Open ID Connect (OIDC)
Segerakkan dengan IdP anda menggunakan Sistem Pengurusan Identiti Silang Domain (SCIM)
Setiap akaun pengguna mungkin mengandungi maklumat berikut yang dikaitkan dengan akaun itu dan dapat dilihat dalam senarai akaun atau apabila akaun dipilih:
Status
Nama pertama, tengah dan akhir
Apple ID Terurus
Peranan dan Lokasi
Jenis pengesahan
Kumpulan pengguna berkaitan
Alamat e‑mel
Nombor Individu
Pusat Kos
Jabatan
Bahagian
Apabila akaun disalin daripada Google Workspace, Microsoft Entra ID atau IdP anda (menggunakan SCIM) kepada Apple Business Manager, atribut Peranan boleh diedit.
Kumpulan pengguna
Anda boleh mencipta kumpulan pengguna dalam Apple Business Manager. Ini dikenali sebagai kumpulan pengguna dan terdapat dua jenis, Kumpulan Pengguna Pintar dan Kumpulan Pengguna.
Nota: Pengguna juga boleh menjadi ahli kepada lebih daripada satu Kumpulan Pengguna Pintar dan Kumpulan Pengguna.
Lihat Tambah akaun kumpulan.
Status pengguna
Pengguna boleh mempunyai status akaun yang berlainan. Bergantung pada status dan sumber akaun, anda mungkin dapat melakukan tindakan tertentu pada akaun pengguna itu.
Baharu: Akaun pengguna ini ialah akaun baharu dan pengguna akaun ini belum mendaftar masuk.
Aktif: Akaun pengguna ini aktif dan pengguna telah mendaftar masuk sekurang‑kurangnya sekali.
Dinyahaktifkan: Akaun pengguna ini telah dinyahaktifkan dan pengguna tidak dapat menggunakan Apple ID Terurus mereka untuk mendaftar masuk.
Dikunci: Akaun pengguna ini telah dikunci kerana terlalu banyak percubaan log masuk yang tidak berjaya.
Status | Tindakan |
---|---|
Baharu | Padam |
Aktif | Nyahaktifkan Padam |
Dinyahaktifkan | Aktifkan Semula Padam |
Dikunci | Reset Kata Laluan |