Pasang dan pasang semula app yang dibeli
Terdapat beberapa cara untuk memasang dan menyahpasang app yang anda beli dengan Apple ID anda atau yang disertakan dengan Mac baru anda.
Nota: Dalam App Store, semua app yang dibeli disenaraikan di bawah Dibeli. Semua pembelian anda terikat kepada akaun Apple ID anda dan tidak boleh dipindahkan ke Apple ID lain. Jika anda membuat pembelian pada iPad, iPhone, atau Mac lain, sentiasa daftar masuk menggunakan Apple ID yang sama supaya anda boleh melihat semua pembelian kedai anda pada Mac ini dan muat turun sebarang kemas kini tersedia.
Pasang app yang anda telah beli pada komputer yang berlainan
Anda boleh pasang dan pasang semula sebarang app yang anda beli dengan Apple ID anda pada komputer Mac lain.
Klik Dibeli, kemudian klik Pasang.
Muat turun app yang anda telah beli pada komputer berlainan secara automatik
Pilih App Store > Keutamaan, kemudian pilih “Muat turun app yang dibeli pada Mac lain secara automatik.”
Pasang semula app
Jika anda menyahpasangkan atau memadamkan app yang anda beli dalam App Store, anda boleh memasangkannya lagi.
Klik Dibeli, cari app yang anda mahu, kemudian klik Pasang.
Tambah app sedia pasang ke akaun anda
Jika Mac anda disertakan dengan app sedia pasang, seperti GarageBand, iMovie dan Foto, anda boleh menambahnya ke akaun anda.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Kemas kini dari kawasan Dibeli: Klik Dibeli, klik Terima, kemudian daftar masuk menggunakan Apple ID untuk akaun yang anda mahu tambah app padanya.
Kemas kini dari kawasan Ditampilkan, Carta Teratas, atau Kategori: Cari app dalam Ditampilkan, Carta Teratas, atau kawasan Kategori, kemudian klik Terima.
Selepas app sedia pasang ditambah ke akaun anda, mereka disenaraikan dengan app lain yang anda beli. Jika anda memadamkan app kemudian, anda boleh memasangkannya semula menggunakan arahan di atas.
Uruskan langganan app
Anda boleh menukar seting diperbaharui untuk langganan app yang anda beli dalam App Store.
Pilih Kedai > Lihat Akaun Saya, daftar masuk, kemudian klik Mengurus (di sebelah Langganan).
Jika app disetkan diperbaharui secara automatik, lakukan mana-mana antara berikut:
Ubah tempoh pembaharuan anda: Pilih seting dalam senarai Pilihan Pembaharuan.
Nyahaktifkan pembaharuan automatik: Klik Batalkan Langganan.
Anda juga boleh memuat turun app daripada Internet atau memasang app daripada cakera. Lihat Pasang, kemas kini dan nyahpasang app untuk arahan.