Mainkan bunyi yang sama di kedua-dua AirPods anda
Apabila anda menggunakan AirPods yang disokong dengan iPhone, iPad, Mac, atau Apple Watch, anda boleh menggunakan Audio Mono, berbanding bunyi stereo, untuk memainkan kandungan yang sama di kedua-dua telinga.
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Audio & Visual, kemudian aktifkan Audio Mono.
Apple Watch: Pergi ke Seting > Kebolehcapaian, kemudian aktifkan Audio Mono di bawah Pendengaran.
Mac: Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Kebolehcapaian dalam bar sisi. Klik Audio, kemudian aktifkan “Mainkan audio stereo sebagai mono”.
Nota: Apabila anda menggunakan Audio Mono, anda tidak boleh menggunakan Audio Ruang dan penjejakan kepala.