OS X Yosemite 10.10.4 Combo Update
System Requirements:
OS X Yosemite 10.10
File Size: 2.02 GB
Kemas kini OS X Yosemite 10.10.4 meningkatkan kestabilan, keserasian dan keselamatan Mac anda serta disyorkan untuk semua pengguna.
Kemas kini ini:
Meningkatkan kebolehpercayaan rangkaian
Meningkatkan kebolehpercayaan Pembantu Penghijrahan
Menangani isu yang menghalang sesetengah monitor luaran daripada berfungsi dengan betul
Meningkatkan kebolehpercayaan menaik taraf pustaka iPhoto dan Aperture ke Foto
Meningkatkan kebolehpercayaan apabila menyegerak foto dan video ke Pustaka Foto iCloud
Menangani isu yang menyebabkan Foto keluar secara tidak dijangka selepas mengimport sesetengah fail DNG Leica
Memulihkan isu yang boleh menunda mesej e-mel keluar dalam Mail
Menyelesaikan isu di mana laman web boleh menghalang pengguna daripada menavigasi dengan mempersembahkan amaran JavaScript berulang dalam Safari
Untuk maklumat terperinci mengenai kandungan keselamatan kemas kini ini, sila lawati: http://support.apple.com/kb/HT1222?viewlocale=en_MY