KEJURUTERAAN ELEKTRIKAL
Ir. AZANIMAN BIN JAINI
Ketua Penolong Pengarah/Kejuruteraan Elektrikal
Alamat:
Ibu Pejabat Cawangan Kejuruteraan Elektrikal,
Kompleks JKR, 88200 Putatan, Sabah
Tel: 088 765599
Fax: 088 765628
E-mel: Azaniman.Jaini@sabah.gov.my
OBJEKTIF
- Memberi perkhidmatan M & E bagi bangunan-bangunan Kerajaan.
- Memastikan setiap kerja pepasangan dilaksanakan dengan selamat, efisien, moden dan ekonomi melalui rekabentuk, pengawasan serta penyelenggaraan yang teratur.
- Memberi khidmat sokongan kepada semua Cawangan dalam segi kemudahan perhubungan elektronik, lampu dan kuasa, sistem penyamanan udara dan lif-lif.
- Memberi khidmat nasihat kepada semua agensi Kerajaan dalam aspek perkhidmatan M & E.
FUNGSI
- Mengenalpasti keperluan pelanggan berhubung dengan bangunan-bangunan baru atau bangunan yang sedang diubahsuai.
- Menjalankan pemeriksaan di tapak binaan sekira diperlukan.Menyediakan anggaran.
- Merekabentuk dan dokumentasi, mengawas dan menyelia pelaksanaan projek.
- Bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa seperti SESB, JBE, Bomba dan Telekom.
- Memeriksa keadaan pepasangan elektrik yang rosak dan merbahaya. (mengsyorkan pendawaian semula atau naiktaraf jika perlu).
- Mengkaji keperluan sistem penggera kebakaran untuk bangunan-bangunan dan menghantar cadangan untuk perlaksanan.
- Mengkaji langkah-langkah penjimatan tenaga (elektrik) dalam bangunan-bangunan.
- Memberi khidmat nasihat mengenai perkara teknikal kepada Kerajaan dan agensi-agensinya.
Berikut adalah antara khidmat utama rekabentuk Cawangan Elektrik :-
- Pepasangan elektrik, pencahayaan, penyamanan udara jenis loji.
- Penjana kuasa jenis standby, Lif-lif, sistem penggera kebakaran
- Sistem hose reel, PABX dan sistem telefon
- Pengagihan Voltan Tinggi (HV)/ Voltan Rendah (LV)
PIAGAM PELANGGAN
- Merancang perkhidmatan mekanikal dan elektrikal bagi bangunan-bangunan kerajaan dalam masa 2 minggu.
- Merekabentuk dan memproses semua pelan mekanikal dan elektrikal, kemudian mengembalikan semula kepada pihak yang berkenaan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pelan diterima.
- Pemeliharaan dan pembaikan perkhidmatan mekanikal dan elektrikal bagi bangunan-bangunan kerajaan sebanyak 1 kali setiap bulan.
- Kerja-kerja penggantian ke atas chiller usang dalam tempoh 12 bulan.
- Kerja-kerja penggantian ke atas lif usang dalam tempoh 15 bulan.
- Tindakan ke atas aduan kerosakan elektrik yang biasa dalam masa 1 hari.
- Tindakan ke atas aduan kerosakan elektrik yang rumit dalam masa 7 hari.
- Khidmat nasihat teknikal kepada agensi-agensi kerajaan akan diberi dalam tempoh yang dipersetujui.