JALANRAYA
Ir. ADRIAN NORBERT LEE @ ADRIAN NORBERT
Ketua Penolong Pengarah/Jalanraya
Alamat:
Tingkat 3, Bangunan Ibu Pejabat JKR,
Jalan Sembulan, 88582 Kota Kinabalu.
Tel: 088 244333
Fax: 088 237234
E-mel: Adrian.Lee@sabah.gov.my
LATAR BELAKANG
Cawangan Jalanraya, Jabatan Kerja Raya Sabah bertanggungjawab terhadap semuapembangunan jalan Negeri dan Luar Bandar didalam Negeri Sabah. Ia memainkan peranan penting keatas perancangan, merekabentuk dan pembinaan jalan-jalan tersebut serta mempastikan peranan-peranan tersebut dijalankan dengan mengutamakan ciri-ciri keselamatan lalulintas.
PIAGAM PELANGGAN
Bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan ikhtisas yang berkualiti & cekap dalam merekabentuk & membina sistem jalan raya yang memadai, ekonomik & selamat yang dapat menampung keperluan pembangunan negara, & dengan ini bertujuan untuk :-
- Merekabentuk & membina jalan raya yang selamat, efisien & berasaskan Arahan-arahan Teknik (Jalan) & piawaian yang diiktirafkan.
- Mengadakan kemudahan jalan raya untuk pembangunan sosio & ekonomik.
- Meningkatkan lagi taraf jalan raya yang sedia ada ketahap piawaian yang ditetapkan.
- Mempertingkatkan keselamatan jalan melalui keseimbangan perancangan,rekabentuk & pengurusan lalulintas.
- Melaksanakan semua projek yang telah diluluskan dalam masa yang dipersetujui dengan pelanggan-pelanggan & agensi kerajaan.
OBJEKTIF
Objektif Cawangan Jalan Raya ialah untuk membentuk sistem jalan raya yang memadai, ekonomik dan selamat yang dapat menampung keperluan negara, dan dengan ini bertujuan untuk:-
- Membentuk piawaian yang sesuai untuk semua kategori jalan raya.
- Mengadakan/memperbaiki kemudahan jalan raya untuk kegunaan sosio & ekonomik.
- Meningkatkan lagi taraf jalan raya yang sedia ada ketahap piawaian yang perlu.
- Mempertingkatkan keselamatan jalan melalui keseimbangan perancangan, rekabentuk & pengurusan lalulintas.